Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, August 3, 2013

UMNO jadikan pembohongan satu 'kebenaran'... gila punya kewartawan Malaysia


 

KUALA LUMPUR: Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno BN mencapai ‘kemuncak’ baru di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan khayalan sebagai kenyataan.

Bagi Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi “transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan".
Lim berkata, pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547 perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis bukti.

“Para propagandis Umno BN ini berharap kepalsuan itu boleh diterima oleh rakyat Malaysia dengan cara menerapkan doktrin Goebble, menteri propaganda Nazi, yang menyatakan bahawa jika pembohongan diulang seribu kali, ia akan menjadi satu fakta,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada pembohongan tentang ‘547 perwakilan hantu DAP’ di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu adalah salah satu sebab mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan, jika bukan, apakah sebab RoS mengeluarkan arahan sedemikian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika Ketua Pengarah ROS boleh memberikan sebab yang munasabah dan bukannya berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang direka oleh Skuad Perang Saraf Goebbel Umno BN, terutama oleh cawangannya di Utusan Malaysia.

Warta Darul Aman

Arkib