Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, July 4, 2013

Tentera 'Umno' Mesir halang siaran langsung, tangkap pemberita



MESIR: Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan.

Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.

Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung termasuk Al-Jazeera.

"Menyekat siaran langsung al jazeera di Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu dipetik.

Al-Jazeera turut mengesahkan pihak tentera telah mengarahkan siaran langsung stesen itu dihentikan dan beberapa wakil media itu di Mesir ditangkap termasuk seorang penerbit. [Di Sini]

Selain itu, pihak tentera juga didakwa telah menyekat penerbitan ahkbar FJP serta menutup siaran saluran Misr 25 yang menjadi sumber rujukan perkembangan Mesir oleh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, pihak tentera juga didakwa bertindak merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah.
Mereka juga turut menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di kawasan terbabit.

PMRAM juga melaporkan pihak tentera turut menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid

Warta Darul Aman

Arkib