Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 23, 2013

Punca kemelut KUIN berlarutan adalah kerana lantik bekas DO jadi rektor? MB dok buat apa tak tau... jenguk sama KUIN tu, jangan biaq KUIN lingkop

"Apabila serah tanggungjawab kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya..."





Insaniah Kuala Ketil

Pada 22hb Julai, para pelajar sibuk menandatangani bantahan pemindahan ke Alor Setar, selain bantahan kulliyyah di serapkan ke kulliyyah lain yang tidak ada kena mengena. Para pelajar masih ramai sedang meneliti perkembangan selanjutnya. Antara lain beberapa pensyarah yang di serapkan bukan lah merangkumi semua mata pelajaran kerana kepakaran pensyarah berbeza beza antara satu dan lain. 


 Walaupun pelajar membantah mereka tiada kuasa menentukan masa depan mereka, keberangkalian perpindahan secara beramai ramai adalah satu kemungkinan yang akan di realisasi pada masa terdekat. Sila rujuk pautan facebook Solidariti KUIN di sinihttps://www.facebook.com/solidaritikuin

Antara perkara-perkara yang berlaku sekarang adalah gaji para pensyarah baru yang di serapkan ternyata rendah dari dahulu dan kemungkinan besar mereka juga tidak akan lama, kerana untuk menyelamatkan air muka pentadbir sekarang pensyarah-pensyarah di ibarat sebagai penyelamat sementara sehingga suasana kembali seperti biasa dan kemudian pemindahan ke Mergong di lakukan.

Sementara waktu Dato Barni dikatakan olih pemberi maklumat ke KPT minggu lalu untuk melobi agar pihak KPT memberi tempoh lagi untuk beliau menjadi pemangku Rektor dan/atau selepas itu jawatan Rektor Insaniah walaupun secara protokol beliau memang tidak layak memegang jawatan pemangku rektor sekali yang sekarang beliau dimandatkan.





DATIN WIRA DATO’ HAJJAH CHE BARNI BINTI HJ MOHD NOOR.


Bagaimana seorang bekas pegawai daerah di berikan mandat mentadbir sebuah Universiti Kolej yang lazimnya di terajui mereka yang layak dari segi pendidikan tinggi. Sekurang kurang nya seorang berpangkat doktor falsafah yang di iktiraf.

Beberapa hari lagi saya akan menyatakan keputusan dari pihak KPT berkenaan isu Insaniah. Saya juga akan meledakkan Insaniah dengan laporan laporan terbaharu.

Pihak Bersih KUIN hilang punca sehingga terpaksa membohongi seluruh warga Insaniah dengan melaporkan satu artikel di laman mereka dengan nama seorang CEO anak syarikat Insaniah Holding seolah-olah CEO tersebut sudah membuat pusingan ‘u-turn”. 


Ini ternyata satu pembohongan kerana CEO tersebut sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Insaniah. Beliau hanya tergelak mendengar berita tersebut.

Biarlah seluruh warga Insaniah yang ada sekarang membuat perbandingan ilmiah tentang kualiti pentadbiran sedia ada dengan apa yang diusahakan olih mantan Rektor dahulu. Mereka juga harus memikirkan kezaliman terhadap staff dan kakitangan Insaniah Holdings yang sehingga sekarang masih tiada pembelaan dan gaji di sekat dari Mei 2013. 


Sekira nya mereka redha dengan apa yang berlaku maka saya ingin menyatakan mereka termasuk golongan-golongan yang bersubahat membuat kezaliman juga dan mereka akan termasuk orang yang di malaunkan olih agama. Auzubillahumin zalik.

Warta Darul Aman

Arkib