Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, July 17, 2013

Mereka dihukum gantung di khalayak ramai

Padah muat naik video rompakan – dihukum gantung


Padah Muat Naik Video Rompakan - Dua Remaja Dihukum Gantung Sampai Mati Depan Khalayak Ramai Di Tehran

Padah Muat Naik Video Rompakan – Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai

TEHERAN – Tindakan berani dua lelaki memuat naik rakaman video mereka menyerang seorang lelaki dengan sebilah parang dan merompak mangsa di sebatang jalan raya dekat sini, ke laman YouTube membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hukuman berkenaan terpaksa dilaksanakan dengan pantas sejurus pegawai diarahkan melakukan siasatan disebabkan kemarahan orang awam yang menonton video itu.

tehran hukum gantung Padah Muat Naik Video Rompakan   Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai (Video)

“Video berkenaan disebarkan awal bulan lalu dan kemudian disiarkan pula oleh sebuah televisyen tempatan,” kata pegawai.
Kedua-duanya, masing-masing berumur 24 tahun dituduh ‘mencetuskan perang terhadap Tuhan’, juga sebagai tindakan serangan kejam secara berkumpulan.
Sementara itu, agensi berita ISNA melaporkan pelaksanaan hukuman terhadap dua lelaki itu disaksikan hampir 300 orang awam di tengah bandar. – AP

hukum gantung depan khalayak ramai Padah Muat Naik Video Rompakan   Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai (Video)
Alireza Mafiha dan Mohammad Ali Sarvari dibiarkan gantung selama 17 minit.
Lihat video rompakan yang telah dimuat naik di YouTube di bawah


Padah Muat Naik Video Rompakan

Nauzubillah Min Zalik. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini

Warta Darul Aman

Arkib