Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, July 7, 2013

Kedah kena minta dana kerajaan Pusat untuk lindungi hutan... jangan dok biag Pusat buli Kedah!

P Pinang sokong Kedah lindungi hutan Ulu Muda

GEORGE TOWN: Jika perlu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyokong permohonan Kedah untuk pembiayaan Persekutuan untuk melindungi hutan Ulu Muda.

“Saya yakin Kerajaan Negeri Perlis juga akan menyokong permohonan itu. Lagipun, dalam Bab 6, muka surat 305, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), di bawah tajuk ‘Membina Persekitaran yang Meningkatkan Kualiti Hidup’, Kerajaan Persekutuan akan ‘menjalankan inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air sebagai kawasan perlindungan’,” ujar Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, sebagaimana di bawah.

Pulau Pinang akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Kedah mendapatkan dana Persekutuan untuk membantu memulihara lembangan Sungai Muda dan kawasan tadahan air untuk faedah ketiga-tiga negeri - Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Kita perlu jelas bahawa Sungai Muda bukan sahaja memberi manfaat kepada Pulau Pinang. Kedah juga menggunakan air dari sungai yang sama untuk bekalan air mereka dan keperluan pengairan. Sungai Muda juga merupakan sumber air penting bagi kawasan selatan Perlis.

Oleh itu, pemeliharaan kawasan tadahan Ulu Muda di Kedah adalah isu Persekutuan kerana melibatkan bekalan air tiga negeri serta pemuliharaan kawasan hutan semula jadi untuk faedah semua rakyat Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh laman web Friends of Ulu Muda (FoUM) (saveulumuda.com), kawasan tadahan di Ulu Muda, yang meliputi kawasan seluas 160,000 hektar, kini diancam pembalakan sejak tahun 2002, serta penukaran hutan, pengeluaran sumber hutan haram dan tanpa kawalan serta pembangunan pelancongan yang tidak mapan.

Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa: -
• Semua pembalakan di hutan Ulu Muda hendaklah dihentikan serta-merta, dan arahan Kerajaan Persekutuan pada 18 Mei 2003, yang melarang pembalakan di Hutan Ulu Muda, harus dikuatkuasakan;
• Memandangkan hutan Ulu Muda menghasilkan air bersih bagi kebanyakan negeri-negeri utara di pantai barat untuk pertanian, domestik, pelancongan dan perindustrian, Kerajaan Negeri Kedah perlu mewartakan hutan sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984;
• Demi memelihara biodiversiti hutan yang kaya (tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar), perlindungan yang lebih besar hutan Ulu Muda akan dipertingkatkan dengan menubuhkan atau Taman Negara atau Negeri; dan
• Kerajaan Persekutuan harus menunaikan janji untuk membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana tidak melakukan pembalakan di hutan Ulu Muda.

Sebanyak 96% bekalan air di Pulau Pinang dan 80% bekalan air Kedah berasal dari hutan Ulu Muda. Skim Pengairan Muda yang mencakupi 40% daripada jumlah pengeluaran beras di Malaysia, juga amat bergantung kepada air yang diperoleh dari hutan Ulu Muda.
Oleh itu, Kedah perlu bertindak dengan cepat dan mendapatkan dana Persekutuan untuk memelihara sumber Sungai Muda. Pembiayaan persekutuan adalah wajar kerana kawasan hutan Ulu Muda adalah:
• Tadahan air mentah yang kritikal untuk ketiga-tiga negeri,
• Sumber pengairan penting bagi Kedah sebagai 'Jelapang Padi Malaysia', dan
• Kawasan biologi hijau dan pelbagai yang perlu diwartakan sebagai Hutan Taman Negara atau Negeri untuk kebaikan semua pencinta alam semulajadi Malaysia bagi masa kini dan pada masa hadapan.

Jika perlu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyokong permohonan Kedah untuk pembiayaan Persekutuan untuk melindungi hutan Ulu Muda.

Saya yakin Kerajaan Negeri Perlis juga akan menyokong permohonan itu. Lagipun, dalam Bab 6, muka surat 305, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), di bawah tajuk ‘Membina Persekitaran yang Meningkatkan Kualiti Hidup’, Kerajaan Persekutuan akan “menjalankan inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air sebagai kawasan perlindungan”.

Jika Kedah ikhlas dalam memulihara Ulu Muda yang mapan, adalah perlu untuk mendapatkan pampasan atau pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan atas dua sebab.

Kedua, Kerajaan Persekutuan sudah pasti mempunyai sumber kewangan untuk membayar Kedah, terutamanya berikutan pengambilalihan aset air oleh kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Bhd (PAAB).

PAAB telah sepakat untuk memastikan bekalan air mentah yang mencukupi apabila Pulau Pinang menandatangani perjanjian pemindahan air dengan PAAB pada 2 Jun 2011, yang disaksikan oleh Perdana Menteri sendiri

Warta Darul Aman

Arkib