Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, July 31, 2013

Iblis bercuti kena kurung... Utusan pulak ambik alih kerja Iblis

Utusan putar belit isu Syiah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan menyebut dua nama pimpinan tertinggi PAS berhubung isu Syiah sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan Malaysia, seperti mana dipetik "PAS hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah".

Menurut Tuan Ibrahim, beliau langsung tidak menyebut kedua-dua nama pimpinan PAS itu kepada Utusan, namun tindakan akhbar itu sengaja memutarbelitkan fakta.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberi respons kepada Utusan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Namun, Tuan Ibrahim yang melahirkan kekecewaan ekoran laporan Utusan tersebut.

"Bila pula ana sebut nama dia orang tu.Yg dikod (quote) "....." Itu kenyataan ana. Putar alam betul," tegasnya.

Tuan Ibrahim turut menegaskan semua ahli PAS mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau sekali menafikan penglibatan pimpinan utama PAS dengan ajaran Syiah.

Warta Darul Aman

Arkib