Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, July 22, 2013

Dunia akan salute rakyat Kola Besut kalau hangpa tak berjaya dirasuah oleh BN dengan umpan duniawi

Rakyat Kuala Besut boleh cipta sejarah dunia - Mahfuz

BESUT: Kuala Besut bakal dicipta sejarah baru politik dunia dalam perubahan perimbangan kuasa kerajaan jika pengundi Kuala Besut melakukan perubahan pada 24 Julai nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika ditemui memberitahu rakyat Kuala Besut perlu mengambil peluang untuk memastikan sejarah politik dunia ini dicipta.

Malah katanya, kedudukan kerusi 16:16 ini akan menguji kebijaksanaan pemimpin politik Terengganu dalam mengendalikan urus tadbir kerajaan negeri untuk lebih baik.

"Sejarah bakal dicipta, rakyat Kuala Besut perlu rebut peluang jika mahu ia terlaksana.

"Selain itu juga kedudukan kerusi 16:16 menguji kebijaksanaan pemimpin politik Terengganu dalam mengurus tadbir negeri untuk menjadi lebih baik," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang turut menyatakan kedudukan Menteri Besar tidak pernah dipersoalkan kerana sebarang keputusan yang akan dibuat nanti pada sebarang urus tadbir negeri akan merujuk kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Dalam pada itu, Mahfuz juga memberitahu rakyat sudah boleh menerima kedudukan kedudukan kerusi 16:16 setelah mendapat penjelasan, yang berada dalam keadaan cemas adalah Barisan Nasional (BN).

"Pada awalnya rakyat tidak memahami apa sebenarnya 16:16, setelah penjelasan kita berikan mereka mula memahami dan dapat menerimanya.

"Cuma yang berada dalam keadaan cemas adalan BN dan kepimpinan Umno kerana mereka tidak lagi dapat membuat keputusan mengikut sesuka hati mereka," jelasnya.
Beliau yang turut menafikan akan menyebabkan sesuatu keputusan atau enakmen tidak dapat diluluskan jika Pakatan Rakyat dan BN berada dalam kedudukan kerusi yang sama di Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Untuk membuat sesuatu keputusan atau pindaan enakmen perlu persetujuan semua dan bukannya mengikut suka hati.

"Setiap pihak akan berbahas bagi memastikan perubahan atau pindaan enakmen itu yang terbaik untuk rakyat sebelum ia diluluskan, jadi tidak timbul ia tidak akan diluluskan," jelasnya.

Mahfuz memberitahu setiap keputusan di dalam Dun akan dibincang dan dipantau oleh 16 pemimpin yang dipilih oleh rakyat, politik baru di Terengganu ini akan mewujudkan senario baru pentadbiran yang lebih adil dan telus.

Warta Darul Aman

Arkib