Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, July 4, 2013

Dulu Iblis balas dendam pada manusia, kini UMNO pulak balas dendam pada pegawai & pensyarah KUIN?




Akhbar Sinar edisi Utara, Dato' Latifah telah menyaman Insaniah kerana pemecatan beliau dari Insaniah. Didalam berita tersebut juga di sebutkan Penolong Bendahari Cik Katrina dan Ustaz Ghani Shamsuddin di tamatkan kontrak.

Selain itu juga jumlah yang besar pengawal di berhentikan atau akan diberhentikan samada di Kuala Ketil atau di Mergong sendiri. Pensyarah2 ada yang menangis ketiadaan wang dan ada juga makcik2 maintenance menangis tiada gaji 2 bulan, anak di rumah tak dapat susu, terpaksa disuapkan dengan rambutan. Cik Kartina dikatakan menangis kerana selama ini memang khidmatnya cemerlang dan Ustaz Ghani tidak dapat di hubungi, mungkin di Myanmar atas urusan orang Islam Rohingya.

Semalam pihak universiti mengadakan interview kepada pensyarah2 dari Multimedia untuk memilih diantara mereka siapa yang masih sanggup berkhidmat dengan kontrak hingga bulan 12 ini di bawa Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Terdapat ura-ura akhirnya semua mahu di pindahkan ke Mergong dan kampus ini akan menjadi "white elephant" Ust Azizan.

Kulliyyah Multimedia sedang di tukar ke bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Kebanyakkan pensyarah tidak lagi hadir ke kampus Kuala Ketil. Esok 4hb pelajar baru akan datang dan 7hb Julai pelajar lama akan kembali. Apa akan jadi pada mereka yang Kulliyah dah tiada atau dah tukar dan pensyarah pula tiada. Pensyarah Insan Fasih sudah berpakat tidak akan hadir, bermakna semua pelajar bahasa akan ketiadaan pengajar. Apa nasib pelajar2 tersebut dan adakah waris mereka akan berdiam sahaja selepas itu.

Ini lah natijah apabila dendam kesumat menguasai hati-hati orang yang berdendam. Kalau dulu seteruk teruk mantan MB akan berusaha mendapat dana untuk membayar gaji walaupun kadang2 lambat hingga 7hb tetapi sekarang ratusan anak-anak, isteri-isteri, ibu-ibu keputusan kewangan. Sekira ini menjadi kebanggaan mereka (puak-puak anti Jamil dan anti Azizan) dengan berpesta bowling dan bersuka ria, maka tak lama lagi hancurlah setiap mereka dari doa-doa orang yang di aniayai. Tunggu dan lihat balasan Allah, sesungguhnya perwatakan mereka menghina dan merosakkan Islam itu sendiri akan juga menghancurkan mereka. Mereka sanggup lihat kesangsaraan orang-orang yang tiada berdosa dan tiada kena mengena dengan mereka.

Mesyuarat lembaga universiti akan bersidang hari Sabtu ini untuk menentukan nasib hala tuju anak-anak syarikat Insaniah Holdings yang mengendali Kulliyyah2 berkaitan, marilah beramai-ramai kita berdoa agar Allah memberikan pentunjuk kepada mereka agar kesilapan di perbetulkan.

Selain itu, harapan kami rakyat yang teraniaya agar Tuanku Sultan Kedah dapat memberikan nasihat kepada lembaga tersebut sebagai Chancellor dan Sultan negeri Kedah yang kita cintai.

Rakyat Kedah Prihatin sednag menangis.

Wasalam.

JACK MMK

Warta Darul Aman

Arkib