Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, July 21, 2013

Celaru, zalim... apa dah jadi dengan KUIN di zaman UMNO nii? Mengapa semua media BN menggelapkan berita kemelut KUIN terkini???

KUIN oh KUIN : Akibat dendam kesumat akhirnya pelajar jadi mangsa.. 

Menabur Angin Menuai Badai II

Ijazah Kaunseling adalah antara kursus yang ditawarkan oleh KUIN dalam sessi pengajian 2013. Maklumat ini boleh disemak dalam web site insaniah. Kursus lain yang dalam senarai ialah kursus yang berkaitan dengan agama Islam yang ditawarkan sejak penubuhan INSANIAH. Waktu itu kerjaan negeri Kedah dibawah BN. Yang jelasnya ialah tidak ada lagi kursus yang diujudkan oleh KUIN semasa zaman pentadbiran kerajaan PAS ditawarkan bagi sesi 2013
.
Program Ijazah Kaunseling (Master) yang sedang berjalan telah ada 3 kohort. Kohort pertama sudah tamat. Kohort kedua terdiri dari 30 pelajar dan kohort 3 terdiri dari kurang dari 10 pelajar. Salah seorang dari pelajar dalam kohort 2 ialah Ustaz X, pejuang utama kumpulan BERSIH yang juga individu yang menuai hasil lumayan selepas kerajaan BN menerajui kerajaan negeri Kedah.

Hasil dari kekalutan yang berlaku di KUIN sekarang, pihak pentadbir telah terlupa untuk membayar gaji kepada pensyarah yang mengendalikan program kaunseling. Jika dipegang kata-kata pihak pentadbir KUIN sekarang, mereka yang tidak dibayar gaji bukan warga KUIN kerana majikan mereka ialah Insaniah Holding. Satu alasan yang nampaknya menasabah. Yang jadi musykil ialah pensyarah kaunseling yang tidak dibayar gaji ini dilantik sendiri oleh KUIN. Barangkali perkara ini berlaku akibat terlepas pandang. Alasan yang lojik juga. Orang yang memandang jauh kedepan, tidak akan nampak apa yang didekat mata.
Susulan dari itu, pensyarah-pensyarah yang tidak menerima gaji pun mogok. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti mengajar sedangkan kuliah-kuliah yang baru saja bermula. Ini pun tindakan lojik juga. Bila tiada upah, jarang biji mata yang mau bekerja dengan percuma. Beras hancur grade C pun ada harganya. 

Tinggallah 30 orang pelajar ijazah kaunseling ini terkantung-kantung. Hendak dikata program tutup, tiada hitam-putihnya. Hendak datang kekuliah tiada gurunya. KPT khabarnya belum pernah lagi mengiktiraf kursus ijazah yang menggunakan khidmat guru ghaib.

Sahabat Setia

Warta Darul Aman

Arkib