Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, July 22, 2013

"Awat yang hangpa buat zolim sampai tera ni dekat depa... hangpa takdak ati perot ka apa??"


(foto hiasan)


Kakitangan Insaniah Holdings 'makan pasir' menjelang Aidil Fitri?

(Petikan blog ZULYA NOTA UTARA)

Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak. "Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN. Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang. Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan.
Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan! Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil.
Selepas Pakatan tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan. Kerajaan negeri tidak meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu. Ada cakap liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang membayar gaji staf Insaniah Holdings'.
Kakitangan Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan. Antara tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana, Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada tindakbalas positif yang diterima. Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak dapat berbuat apa-apa.
Masalah yang melanda Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah. Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan tersebut. Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN.
Bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian mereka untuk semester baruMereka hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja. Untuk berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.
Jika disemak dalam laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang,Kulliyyah UsuluddinKulliyyah Bahasa ArabKulliyyah Al-Quran Dan SunnahKulliyyah MuamalatPusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi. Semua program yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi.
Soalnya, jika hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung status program yang dikendalikan Insaniah Holdings. Kalau tutup, lakukan mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa. Pentadbir KUIN jangan letak kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.
Keyakinan masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh merudum. Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini. Sewaktu KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar baru ialah 1200 orang.
Apa yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri. Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi menyifatkannya sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.

Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.

Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu  ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri. Banyak IPT dinaik taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya Universiti Islam Antarabangsa.

Entahlah, masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula.

Warta Darul Aman

Arkib