Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, July 4, 2013

Apa beza 'Read Bean Army' dengan 'Team Mabok Ketom'?

Profesor: BN pun ramai tentera siber

Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

NONE"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi

Warta Darul Aman

Arkib