Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 16, 2013

Adakah siasatan terhadap pasangan lucah ini hanya satu sandiwara?

Adakah kes PASANGAN LUCAH yang hina ISLAM nie akan ditutup camtu saja selepas depa mohon maaf..???

Kenapa Pasangan Lucah Ini Dilindungi Di Malaysia?

Korang tengok.

  
Ada atau tiada tindakan di ambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian setelah kontroversi demi kontroversi mereka buat kat Malaysia neh?

Kerana mereka bukan orang politik? Atau kerana mereka penyokong BN? 

Bayangkan Anwar yang bergambar dengan lelaki pun keluar masuk tv banyak kali. Orang sana sini minta siasat itu neh. Betul ke Anwar GAY atau sebaliknya.

Seorang lelaki dipenjarakan kerana memiliki klip lucah dalam handphone. Ia secara tertutup dan tersembunyi. 

Ini pasangan yang sah2 separuh bogel, melakukan aksi tertentu, dedahkan secara terbuka di internet dan lakukan ia secara berulangan bahkan siap di promosikan dalam rancangan radio dan masuk paper banyak kali.

KENAPA PDRM tak amek tindakan?

Bukan kah mengedarkan bahan lucah merupakan satu kesalahan di Malaysia? Aku tak faham. Maaflah. Polis, aku memang tak faham dengan korang. Aku cuba juga. Paksa diri aku untuk faham. Tengok kot2 mana yang aku terlepas pandang. Tapi aku tak nampak. Dulu dan sekarang. Aku tak boleh nampak. Yang aku tahu pasangan neh ;

1. Melakukan aksi lucah.

2. Mengedarkan bahan lucah.

3. Melakukan secara terbuka

4. Dipromosikan di radio dan akhbar tempatan.

Tapi tiada tindakan sampai kini. Kenapa? Kerana mereka menyokong BN? Menjadikan Chua Soi Lek sebagai idola? Atau ada alasan lain?  

Baru2 neh pasangan lucah ini sekali lagi buat kontroversi. Apa yang mereka buat ;

1. Upload satu gambar dan tulis kenyataan ajak berbuka puasa dengan sup babi.

2. Ubah logo halal Jakim.

3. Bagitau di media tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk buat lawak jek.

Rujuk sini : http://sozcyili.blogspot.com/2013/07/penjelasan-alvin-kenapa-dia-ajak.html

Aku tak pasti la. Apakah gambar tersebut aku harus lihat sebagai lawak. Aku tengok gak gambar tue dalam 2,3 minit. Nak juga rasa apa agaknya lawak yang si Alvin neh cuba timbulkan. Paksa gak diri gelak

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

Tapi akhirnya aku rasa macam nak lempang diri. Lawak ke? Lawak ke benda macam neh? Aku patut gelak ke? Orang2 yang baca patut gelak ke? Apa lawak yang tersirat dalam gambar macam neh? Kalau aku buat lawak tukar muka ko kepada wajah babi ko rasa lawak ke tak lawak? Kalau aku upload gambar mak bapak korang dan tukarkan wajah masing2 kepada babi. Ko rasa lawak tak? 

Taknak.

Aku taknak tahu jawapan ko. Tapi jawapan aku ialah walaupun aku buat macam tue aku tetap tak rasa lawak. Itu kalau aku sendiri yang buat. Aku sendiri pun rasa tak lawak. Bukan cara aku menghina dan mempersendakan orang seperti itu. Aku lebih banyak rasa kesian dari rasa nak buat lawak kering macam tue.

Ada sesetengah perkara kalau kita buka diri kita untuk bertolenrasi dengan agama lain itu lebih baik. Mungkin Alvin nak menyindir umat islam Malaysia yang banyak kali sound dan perli2 dia pasal aksi seks terbuka tue. Tapi kalau tengok facebook dia, orang2 bukan beragama islam pun dok kutuk2 dan sound2 juga. Mereka bukan tuhan bukan pula nak jadi malaikat suci apa bagai.

Tapi memang logik tindakan mereka. Mempamerkan, mempromosikan, melakukan seks secara terbuka ia sesuatu yang menjijikkan. Takde ke keluarga Alvin, Vivian, adik beradik mereka, sedara mara mereka rasa malu dengan perbuatan seperti ini?

Kita terbuka. Kita mengikut arus kemodenan juga. Tapi tidak la sampai kita melakukan seks depan orang. Sapa nak tengok nafsu korang depan mata?

Sebab tue sampai sekarang aku heran. Kenapa POLIS tak amek tindakan ke atas pasangan neh? Kenapa blogger UMNO kurang menyerang pasangan neh? Kenapa tiada laporan polis dari NGO2 mesra BN ke atas pasangan neh? Mana PERKASA mana PEKIDA? Apa yang menjadikan mereka kebal dari segala tindakan undang2? Adakah kerana berlesenkan Chua Soi Lek?

Warta Darul Aman

Arkib