Akibat dari tekanan umat Islam negeri Kedah dan dipercayai
ketakutan UMNO terhadap Mufti Datuk Syeikh Badarudin Hj Ahmad maka kuliah agama yang
'dibekukan' sejak UMNO mengambilalih Kedah kini diadakan semula. Kuliah pagi tadi disampaikan
oleh Datuk Mufti sendiri, bagaimanapun kehadirannya agak kurang berbanding
sewaktu kerajaan PR dahulu.
Blog Kedah La pernah menyiarkan laporan bahawa kerajaan UMNO
pimpinan Datuk Mukhriz telah mengharamkan kuliah agama setiap hari Sabtu yang
diadakan di Seri Mentaloon. Berita 'pengharaman' itu juga dikatakan salah satu
faktor mengapa kuliah agama itu diadakan kembali, iaitu untuk menunjukkan
bahawa blog pro PR hanya tahu memfitnah.
Bagaimanapun para pecinta kuliah agama merasa bersyukur
akibat dari berita 'fitnah' itulah, maka pihak kerajaan merasa tercabar lalu
membenarkan semula kuliah agama tersebut diadakan.