Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 13, 2013

Tamrin dedahkan kezaliman ala Firaun kerajaan haram Umno menangkapnya

'Masa jahat tidak tangkap, bila buat baik kena pula'


 
KUALA LUMPUR:"Masa saya buat jahat dalam Umno dulu tidak pun kena tindakan tetapi bila saya nak buat baik dalam PAS ni kena tindakan pula," kata Tamrin Tun Ghafar(gambar) yang buat pertama kalinya ditangkap polis  baru-baru ini.

Bukan sekali tetapi beliau telah dua kali ditangkap secara yang agak kasar oleh polis berhubung dengan kenyataannya tentang pilihan raya umum lalu.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya apabila buat pertama kalinya ditangkap pada 23 Mei lalu.

Ketika itu Tamrin bersama seorang rakannya sudah memesan makanan untuk makan tengahari di sebuah restoran dekat Bangsar.

Seorang yang mengaku sebagai pegawai polis datang meminta beliau mengikutnya ke balai polis.

Oleh kerana beliau sudah memesan makanan untuk makan tengahari, beliau memohon supaya beliau makan dulu serta mengajak polis berkenaan untuk makan sama.

Namun, pegawai polis itu berkata, beliau kena pergi ke balai sekarang juga atas arahan pegawai atasannya.

Setelah bertengkar, polis itu membiarkannya makan. 

Sekali lagi pertengkaran belaku apabila beliau sedang membuat bayaran dan menunggu bayaran baki dari tuan restoran tersebut.

"Sedang saya tunggu bayaran baki, sekali lagi dia paksa saya ke balai. Saya kata tunggu bayar baki sekejap. Namun pegawai polis itu berkeras.

"Sekali lagi saya naik berang dan menjerit kepada polis itu dan diperhatikan oleh semua yang ada di kedai itu," cerita Tamrin mengenang kembali saat beliau di tahan polis buat pertama kalinya.

Tamrin kemudiannya di bawa ke balai polis Jinjang. Sesampai di sana, sehingga lewat petang, pegawai penyiasat kes itu belum ada.

Beliau naik berang kerana ketika hendak di tahan mereka menggunakan alasan hendak cepat sehingga tidak boleh makan dan tidak boleh tunggu untuk mengambil baki bayaran.

Tetapi apabila sampai ke balai, masa di habiskan begitu sahaja kerana menunggu pegawai penyiasat kes yang entah ke mana.

Malam itu, Tamrin serta dua lagi tahanan iaitu Haris Ibrahim dan Tian Chua tidur di lokap balai polis Jinjang.

Mereka diberikan pakaian oren sebagai orang tahanan sambil menunggu di bawa ke mahkamah dalam masa 24 jam untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari mahkamah
.

Warta Darul Aman

Arkib