Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, June 12, 2013

"Puak ni perintah negeri macam kepala b*t*h!"


(Foto hiasan)


Oleh: MK Bakaq Bata

Bersembog ayaq kopi Radix dari mulut MK, apabila terdengar makian seorang tua di medan selera taman Wira Mergong, petang tadi. "Puak ni merintah negeri macam kepala but**!" jerkah Pak Long tu ketika mula masuk kedai. Kenalannya yang dok ada dalam kedai tanya, awat yang marah sangat?

Maka ceritalah Pak Long tu, rim kereta Proton Saga buruk dia bengkok pasai terjun dalam lubang yang terdapat atas jalan. Lubang tu dah sebulan, mula-mula kecik lanie semakin membesar dan lepas hujan dua tiga hari ni jadi macam kubang kerbau.

"Aku dah habag dekat JKKK masa mula-mula BN merintah sampai la haram JKR tak mai tampung pun. Masa PAS, report kat MKK kes jalan tak pernah lebih seminggu JKR akan mai turap segera," katanya.

MK yang dok sebelah meja pun apa lagi buboh perisa lagi la.. "MKK dulu dapat report depa terus ke pejabat JKR, JKKK depa tunggu elaun dulu kot, yang penting Pak Long.. Exco yang jaga jalan tu kena ambik berat.. Exco BN ni mana sama dengan Exco Pakatan dulu, dulu depa buat kerja ikhlas kerana Allah sebab tu cepat bertindak, kerajaan dok ada ni naik pun cara tak betoi nak buat kerja betoi tara mana." Puaih aku ceramah. Pak Long kata, betoi betoi betoi!!!

Warta Darul Aman

Arkib