Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 3, 2013

Mukhriz MB serba tak tau... asyik dok khianat kerja orang terdahulu

Oleh: Aiman Rasis

Alahai Mukhriz, MB baru Kedah yang asyik dok dengaq nasihat bapak cobaklah hang keluaq sikit dari pelukan bapak hang tu dan buat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan kewarasan sendiri.

Kenyataan di bawah ni menjelaskan bahawa MB Kedah ni seorang yang tak tau apa-apa. Sepatutnya bila pegang teraju negeri, panggil semua pegawai negeri berkaitan termasuk juga GLC untuk beri taklimat berhubung perklara-perkara besar di Kedah ni. Lepas tu baru bincang nak buat penyelesaian macam mana... ini tidak dapat pegang jawatan, tak sempat nak tau perkembangan terkini negeri dah cau pi makan angin kat luag negeri... balik bila press tanya mula buat statement merapu. Cuba tengok di bawah ni..



Untuk maklumat YAB.. projek balak kat Pedu dan Gunung Inas tu memang berhenti lama dah, dah habih pun projek balak... awat Datuk Rasli habag kat hang kata tak habih lagi ka? Rasli tu mesyuarat Exco zaman Ustaz Azizan dulu dia tuang semedang, mana dia tau apa pasai perjalanan kerajaan negeri. Jadi kalau YAB keluar arahan supaya projek balak di dua tempat tu berhenti maknanya hang dah tertinggai keretapi setahun dah.

Kedua, arahan suruh berhenti sementara kedua projek ladang di Gunung Inas dan Pedu. Pasai Gunung Inas tu aku tak kisah sangatlah sebab sebahagian kecil sahaja yang baru bermula dan pokok yang ditanam ialah getah klon balak jadi tak rumit sangat penjagaan. Tapi kalau projek ladang agrotuorisme Charok Genting Bunga Pedu hang suruh berhenti sementara... itu dah kes nak khianat harta rakyat jelata. 





Projek tu dah berjalan jauh, bukan setakat baru pugar tanah. Dah bersihkan hutan, buat teres, tanam tutup bumi, siap infrastruktur saliran, pembekalan benih, sudah tanam secara sistematik, penjagaan rapi sudah dibuat secara harian... tunggu masa dua tiga tahun saja lagi kelamlah (kata orang Perlis) mukabumi tu dengan ladang buah-buahan. Sebahagian hasil sudah boleh dikutip masa tu.

Tiba-tiba hang umum suruh tangguh projek tu... jahanam habihlah projek tu, nak salirkan air tak boleh, nak bubuh baca tak boleh... semua kena henti, mampoih habihlah pokok2 tu. Arahan tu khianat namanya wahai Mukhriz Mahathir.

Pi mai pi mai pun hutan balak yang asai tu bukan ada dah, kalau hang nak tanam pokok balak balik pun bukan dia kheja dah.. kalau hang cuba nak buat balik hutan balak atas tanah yang sudah dibersihkan untuk ladang tu.. orang kata hang MB gila.

Eloknya sebelum buat apa-apa keputusan pi jumpa dulu pihak berkenaan, jumpa Kumpulan Ladang, dapat briefing dari Haji Rosli ka sapa ka.. baru umum tindakan. Aku nak habag hang ni Mukhriz buat kerja tak berhati-hati, gopoh, kelabu asap! Lain kali jangan dok dengan cakap bapak hang tu sangat.

Warta Darul Aman

Arkib