Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, June 5, 2013

Mengapa UMNO mesti berkhiblatkan negara Mini Israel (Singapura)? Adakah ini arahan Yahudi APCO?

Malaysia tidak perlu ikut Singapura kawal laman web


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak perlu mengikut model Singapura untuk mengawal mana-mana laman web kerana ia melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang menjamin tiada penapisan internet.

Sehubungan itu, DAP kesal dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memulakan khidmatnya dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web.

“Di mana 'Janji Ditepati' BN?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Ahmad Shabery perlu memberi kebebasan kepada media dan akhbar dan bukannya cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet.


“Kenapa Malaysia perlu mengikuti Singapura dalam mengawal mana-mana laman web apabila kebebasan akhbar di Singapura lebih teruk?” tanya Ahli Parlimen Bagan itu lagi dalam satu kenyataan.

Menurut Reporters Without Borders, katanya Malaysia jatuh 23 tempat pada 2012 dari tempat ke-145 tahun ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 kerana “akses kepada maklumat menjadi lebih dan lebih terhad”.

Tambah Guan Eng, Reporters Without Borders berkata bahawa 'rekod buruk' Malaysia adalah disebabkan usaha-usaha berulang kerajaan untuk menapis maklumat.

“Walaupun perjuangan habis-habisan oleh aktivis dan media atas talian (online), kempen penindasan oleh kerajaan, digambarkan oleh tindakan keras dalam protes 'Bersih 3.0' pada April lalu, dan usaha penapisan berulang, akan terus menjejaskan kebebasan asas, khususnya hak untuk memperoleh maklumat”.

Beliau berkata, hanya Singapura yang lebih teruk berbanding Malaysia iaitu di tempat ke-149.

Justeru, tanya beliau adakah Malaysia ingin dibandingkan dengan yang lebih baik atau lebih buruk.

“Seperti yang dianggap Ahmad Shabery, portal berita atas talian adalah media arus perdana, beliau mahu mengawalnya seperti BN menguasai media arus perdana itu,” ujarnya.

Ini, kata beliau menunjukkan agenda utama BN selepas portal berita atas talian dituduh menyebabkan BN kalah undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah Pilihan raya Umum 2013.

Warta Darul Aman

Arkib