Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 27, 2013

Mana perginya para pemimpin 'katak'?

Oleh: Syed Abdullah Syed Osman 
Mana perginya wakil rakyat yang isytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat semasa PRU12 dahulu. Mengapa senyap sunyi sahaja apabila nama mereka tidak lagi tersenarai lagi dan tidak dipilih untuk PRU-13 - walaupun mereka ini bersuara lantang menghentam kiri dan kanan parti yang mereka wakili dahulu. Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.

Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang memberikan mandat. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja. Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.
Sayang seribu kali sayang apabila seseorang tokoh politik yang disifatkan berwibawa, bijak, berpengaruh, mendapat kedudukan yang baik dalam parti dan mempunyai harapan cerah pada masa hadapan tiba-tiba bertukar haluan berpusing 360 darjah cuba mengkhianati partinya sendiri yang mana seolah-olah seperti juga mengkhianati dirinya sendiri.

Inilah yang berlaku dalam beberapa PRU terdahulu dan masih tetap berlaku jika orang saperti ini yang tiada jati diri sanggup mengadaikan maruahnya sendiri kerana hanya kepentingan peribadi dan tidak memperdulikan apa-apa yang akan mereka hadapi selepas itu walaupun mereka tahu segala risiko yang menanti.

Warta Darul Aman

Arkib