Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, June 16, 2013

Mana-mana rakyat berada dalam DUN pembangkang di Terengganu terima padah


KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu didakwa mula mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Adun Bandar, Azan Ismail berkata, selepas beliau menang di Dun tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, beberapa pemohon bantuan kerajaan negeri dari Dun Bandar mula dinafikan hak mereka.

Menurut Azan, pihaknya mendapati lebih 200 borang permohonan Kem Bakti Remaja yang dihantar oleh pemohon dan disahkan oleh beliau ditolak.

Kem Bakti Remaja merupakan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada pemohon dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM1,500.

"Malangnya perkembangan terkini mendapati permohonan mereka dari Dun Bandar ditolak kerana beranggapan mereka menyokong Pakatan Rakyat.

"Tindakan ini bercanggah dengan perlembagaan negeri dan hal-hal pentadbiran negeri tidak boleh dicampur aduk dengan hal kepartian," kata beliau pada sidang media di pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Tegas beliau, tindakan kerajaan negeri itu jelas menganiaya rakyat dan melanggar undang-undang.

"Saya sempat bertanya kepada Adun BN selepas majlis angkat sumpah tadi dan mereka kata tidak sepatutnya berlaku sedemikian.

"Siapa yang bertanggungjawab menolak permohonan ini sedangkan borang permohonan sah walaupun ditandatangan oleh Adun PR kerana saya dipilih oleh rakyat.

Warta Darul Aman

Arkib