Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 17, 2013

Eksklusif! Bekas macai UMNO bongkar strategi mereka memfitnah lawan



Oleh: Bekas Pahlawan Maya UMNO Kedah

Fitnah adalah Rukun No 1 pecacai UMNO. Sewaktu aku jadi pecacai Umno dulu dan dilatih dikem latihan Janda Baik, mereka sentiasa diajar kaedah terbaik untuk melakukan fitnah. 

Antaranya ialah: 
1. Masukkan fakta dan angka kerana ia akan meyakinkan pembaca walaupun fakta itu cuma auta 
2. Masukkan foto kononnya foto eksklusif untuk meyakinkan pembaca
3. Ulang-ulang dan panjang-panjangkan fitnah tersebut kerana apabila ramai orang bertemu dengan fitnah itu di mana-mana maka orang akan mempercayainya.

(Itu antara yang aku ingat... ada banyak lagi)

(Salah satu dari dari beratus-ratus bahan fitnah yang skrip fitnahnya telah dan sedang direka oleh Ketua Pecacai UMNO Kedah, Hafiz Azmi)

Maka hari ini apabila terbaca fitnah-fitnah yang disiarkan oleh pecacai upahan UMNO, aku hanya ghenyeh... sebab sudah tahu modus operandi depa. Semua 'fakta dan angka' yang dikemukakan itu sebenarnya tidak diambil dari mana-mana pun, duduk depan komputer, pikiag apa yang nak dibohongi dan reka apa saja... mudah saja, kira-kira macam orang buat skrip drama. Tapi orang buat skrip drama pun depa fikirkan kesan moralnya... pecacai UMNO ni buat fitnah tak perlu fikir apa-apa, melainkan ganjaran yang bakal diterima dari tuan pengupah mereka.

Dalam Islam memfitnah lebih besar bahayanya dari membunuh. Tapi puak-puak ni depa reti ka hukum hakam, halal haram, dosa pahala, syurga neraka? Aku percaya lepas ini akan banyak lagi fitnah yang akan depa siarkan sebagai persediaan untuk mempertahankan kerajaan haram UMNO Kedah. 

Nasihat aku sebagai bekas pecacai UMNO, biarkan saja... jangan layan macam kata Ustaz Azizan, kalau layan berok habih daun ceremai dia hinggut. Sebaliknya terus serang kezaliman UMNO khususnya kepincangan mereka dalam mentadbir Kedah.

Sekian,
Bekas Pahlawan Maya UMNO Kedah
Taman Datuk Kumbar.



Warta Darul Aman

Arkib