Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 3, 2013

Balik dari melancong kat London, dapat idea beri tumpuan pada pelancongan (abih beribu duit rakyat pi makan angin, bawak balik idea tu jerrr?)


Kedah tumpu ketibaan 3 juta pelancong setahun ke Langkawi? Sebelum ni pun pelancong ke Langkawi jumlah tuu laa jugak Mukhriz oii... patutnya hang tambah laa sikit sasaran tuu

Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir
LANGKAWI - Tumpuan utama kerajaan Kedah akan terarah kepada menarik kedatangan lebih tiga juta pelancong setiap tahun ke Langkawi, dengan unjuran pendapatan kasar tahunan berkaitan pelancongan sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion.

"Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket.

"Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi.
Memorandum itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Pekan Artisan Saifful Azhar Sabaruddin. Pekan Artisan adalah pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi.

"Kita kini perlu memberi tumpuan kepada pelancong berkualiti, bukan 'backpackers' yang tidak berbelanja sangat. Hal ini pun berlaku di tempat lain juga, mereka tidak begitu menyumbang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri secara rasmi telahpun mengeluarkan arahan pemberhentian sementara dua projek melibatkan aktiviti pemugaran tanah yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, masing-masing di Pedu dan Gunung Inas, Baling.

Beliau berkata perintah itu dikeluarkan terhadap projek agro-pelancongan dekat empangan Pedu selain inisiatif ladang getah Ladang Rakyat di Gunung Inas.

Bulan lepas, Mukhriz mengumumkan kerajaan Kedah akan menggantung semua aktiviti pembalakan di negeri ini, sementara menunggu kajian kesannya terhadap alam sekitar dan mata pencarian rakyat.

Katanya tindakan itu susulan aduan daripada penduduk kampung bahawa aktiviti pembalakan di kawasan mereka itu menjejaskan bekalan dan kualiti air. - Bernama

Warta Darul Aman

Arkib