Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 27, 2013

Annuar termonyeh kena dengan Anwar

Tan Sri Annuar ditibai oleh DS Anwar Ibrahim

Keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya terkena diri sendiri.

Beliau pada mulanya bangkit mempersoal ketidaksepakatan Pakatan Rakyat ekoran gagal mengemukakan satu logo mewakili ketiga-tiga parti dalam PRU13 lalu.

Sehubungan itu, Anwar menyindir Annuar yang hanya mendapat maklumat daripada Utusan Malaysia.

"Yang Berhormat Ketereh ambil maklumat daripada Utusan!

"Dua tahun setengah Pakatan Rakyat mengemukakan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti, sampai sekarang tidak diluluskan," tegas Anwar sambil menepuk meja dan diikuti tepukan barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Annuar kelihatan tersengih-tersengih setelah diejek oleh barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Annuar beberapa kali bangun mencelah dan beliau kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim.

Warta Darul Aman

Arkib