Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, June 30, 2013

Aktivis maya UMNO Kedah hentam Mukhriz sebab 'susukan kera di hutan'...


(Nota: Posting kat bawah ini adalah petikan dari blog pro UMNO Kedah... Isi kandungannya sama sekali tidak menggambarkan pendirian Kedah La)

Kera di Hutan disusukan : Khas untuk Pengerusi UMNO Kedah


KedahTimes upkan kembali artikel untuk kerana ada beberapa blog seperti Double-Y dan Sangkakalajari9 membangkitkan kembali isu berkaitan UMNO Kedah membela blogger dari luar dengan bayaran hebat.

Walhal blogger-blogger tempatan dibiarkan bekerja tanpa ada pembelaan. Untuk pengetahuan semua KedahTimes sudah lama wujud dan cuba untuk memperjuangkan/membela blogger-blogger seperti yang kedua-dua blog diatas sebut. Tapi tidak berjaya. Malah KedahTimes tidak tahu macamana pihak UMNO kedah boleh memilih blogger luar untuk menulis tentang Kedah.

Untuk pengetahuan semua, DMM bukanlah PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH, jadi beliau tiada kuasa untuk memberi kontrak kepada mana-mana blogger. Semua ini ditangan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang sedia ada. Jadi DMM tidak berkait dalam hal ini.

Live Streaming yang blogger-blogger tersebut lakukan adalah secara sukarela. InsyaAllah, jika ada rezeki akan dapatlah imbuhan nya nanti.

Dalam hal blogger luar dibayar, KedahTimes mohon Double-Y dan Sangkakalajari9 dedahkan saja siapa blogger yang dapat kontrak besar itu kerana KedahTimes pun nak tahu. Mungkin selama ini KedahTimes silap orang kerana dulu mereka pernah mengatakan Blogger-blogger kedah adalah Juraassic. KedahTimes tentang mereka,  dan jika berani datanglah Kedah untuk berjumpa kami di KedahTimes. Tapi mereka rupanya tidak berani.

Untuk pengetahuan mereka, blogger-blogger jurassic inilah yang membantu BN dlam mengembalikan Kedah kepadanya. KedahTimes, TMK dan beberapa individu lain yang sentiasa membantu UMNO tanpa minta apa-apa.

Bila kera di hutan yang LEBIH disusukan.

Peribahasa Kera di Hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan membawa maksud mementingkan orang lain dari keluarga sendiri. Selain itu, peribahasa ini juga membawa maksud mementingkan urusan orang lain hingga urusan untuk diri sendiri ditinggalkan.

Sangat tepat kepada pihak yang BARU SEDAR akan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Kini, bila kesedaran timbul, maka pihak berkuasa mula berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia yang belajar dan yang bekerja di luar negara. Ianya untuk memastikan kelangsungan kebudayaan Malaysia dengan penguasaan Bahasa Melayu.
Ini usaha yang bagus.

Macam mana di peringkat DALAM MALAYSIA? Aku rasa ada LEBIH RAMAI yang tak tahu berutur Bahasa  Melayu dengan fasih. Malahan kini lebih ramai anak Melayu lebih bangga dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris demi memastikan dunia glamour dan trendy kekal dalam diri.

Penguasaan bahasa sebenarnya bermula dari tempat bermulanya dunia pendidikan seseorang. Biar kita dibesar dalam keluarga yang bertutur Bahasa Inggeris sekalipun, andai zaman persekolahan diterapkan dengan pertuturan Bahasa Melayu, insyaallah ianya akan menjadikan kita fasih dan selesa untuk berBahasa Melayu.

Selagi sistem persekolahan di Malaysia tidak berSATU sebagaimana usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia menjadi SATU, maka usaha ini MUSTAHIL akan berlaku. Malahan, perpaduan antara kita juga bakal berpecah dek kerana sistem persekolan yang tidak berSATU!

Ini tentang Bahasa, bagaimana pulak dengan blogger tempatan di Kedah? Apakah berlaku kera dihutan disusukan, anak depan mata mati kelaparan?

Pesanan Kedah Times, janganlah hanya mementingkan kera di hutan untuk disusukan, takut nanti anak di rumah mati kelaparan, dan suami di rumah juga turut mati LEMAS akibat susu yang dicurahkan!


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2013/06/kera-di-hutan-disusukan-khas-untuk.html#ixzz2XigksT5T

Warta Darul Aman

Arkib