Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, June 11, 2013

Agong pun naik bot bersama rakyat, Mukhriz ke Langkawi tempah bot eksklusif?

Oleh: MK

Ini berita MK terima dari seorang rakan KCS. Sekembali dari percutian di London, pada 2 Jun lalu Datuk Mukhriz ke Langkawi untuk menyaksikan majlis tandatangan MoU antara LADA dengan Pekan Artisan yang akan membangunkan sebuah pusat hiburan terbesar di Langkawi.

Menurut sumber tersebut, isteri Mukhriz sendiri yang menempah bot ke Langkawi kerana tidak mahu naik feri bersama orang awam. 




MK nak minta Setiausaha Politik atau Setiausaha Akhbar Mukhriz orang Kola Lompo tu tolong nafikan berita ini, jika maklumat ini tidak tepat. Nangoi-nangoi dari team anak Wan Senu Pekan Naka tu tak payah jawab isu ni, hangpa tak tau apa. Mukhriz bukan lantik hangpa jadi pegawai khas dia dan Mukhriz tak kenai anak Wan Senu tu sapa... Ki Ki Ki (gelak jahat).

Setahu MK, Yang DiPertuan Agong pun (sewaktu hanya menjadi Sultan Kedah dahulu) beberapa kali naik feri ke Langkawi bersama rakyat biasa. Adakah Mukhriz dan isteri dah lebih hebat dari Agong? Kalau Ustaz Azizan tu toksah ceritalah... lagi dapat duduk bersama rakyat jelata lagi dia suka, tak pernah dok tempah bot ikan sekalipun.

Sekali lagi MK nak tanya pegawai2 MB Kedah... betoi ka tak betoi berita ni. Selamat menjawab soalan.

Warta Darul Aman

Arkib