Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 17, 2013

ADUN Kola Ketil akan lompat atas meja jika UMNO Kedah nak...


(Kampus tetap KUIN yang terletak di Kuala Ketil yang dibina dengan belanja lebih RM330 juta)


TASEK GELUGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Ketil, Cikgu Zuki Mohd Yusuf (gambar bawah) sanggup 'lompat atas meja' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah sekiranya kerajaan negeri bertindak menjual Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada masa depan.

Menurutnya lagi, KUIN harus menjadi kebanggaan kerajaan negeri tidak kira siapa yang memerintah kerana di situlah hak pendidikan yang harus dijagai sampai bila-bila.

Sekarang ini, timbul kemungkinan kerajaan negeri Kedah yang baru  tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahanakan pendidikan tambahan lagi ianya diasaskan oleh PAS.

"Saya akan jadi Adun pertama menentang penjualan KUIN sebab KUIN amat bermakna bagi kita dan rakyat Kedah terutamanya," tegas beliau.

Semasa Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, tumpuan diberikan untuk  membangunkan bidang pendidikan sehingga menjadi satu masalah kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin BN tidak akan duduk diam sebaliknya tetap menentang semua projek yang dilaksanakan oleh PAS walaupun ianya merupakan hak rakyat.

Warta Darul Aman

Arkib