Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 17, 2013

"1001 perangai manusia dok ada dalam fesbuk..."


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan mengakui kadang-kadang hatinya terhiris dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan di ruangan komen di laman sosial facebooknya.

Berkongsi pengalamannya bersosial di alam maya hampir tiga tahun, beliau berkata, biarpun kritikan itu pedas dan tajam, namun dia suka untuk melihatnya dari sudut yang positif.

"Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut," katanya dalam entri bertajuk "3 tahun sahaja" di akaun laman peminat facebooknya.

Bercerita lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sepanjang mengendalikan facebooknya sejak tiga tahun lalu pelbagai warna posting dan gaya status ditemuinya.

Baginya, ia mencerminkan rencamnya pemikiran manusia yang ada di dunia ini yang seharusnya diterima.

"Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini.

"Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras," luahnya lagi.

Biarpun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung sama ada terdiri dari rakan-rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap".

Malah katanya, ada sesetengah tindakan yang dibuat khususnya dalam dewan pemuda adalah hasil daripada komen-komen yang diterinya melalui facebook.

"Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini.

"Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready?," soalnya menutup coretan entri itu.

Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis, laman peminat Nasrudin Hassan kini mempunyai sejumlah 89,405 peminat.

Warta Darul Aman

Arkib