Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, May 3, 2013

Usaha Madey angkat anak jadi Menteri Besar temui jalan buntu


Bukan setakat Mukhriz, BN pun dijangka kalah teruk di Kedah!


Keputusan Najib meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam bukan saja dengan hasrat untuk menawan semula negeri itu daripada Pas tetapi dalam masa yang sama mahu menjadikan anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Dengan mempertaruhkan Mukhriz, Najib berkeyakinan BN mempunyai peluang yang lebih baik, di samping bantuan kempen dari Mahathir juga tentunya lebih berganda. Mahathir bukan saja merasakan langkah Najib menjadikan anaknya sebagai bakal MB Kedah merupakan suatu penghargaan buat dirinya tetapi juga sebagai menyediakan laluan yang lebih selesa untuk beliau membina masa depan yang lebih cemerlang dalam UMNO.

Namun, dengan masa hanya berbaki dua hari sebelum hari pengundian, harapan untuk melihat BN mampu menawan semua Kedah dan Mukhriz bakal menjadi Menteri Besarnya nampaknya masih lagi suram. BN masih menghadapi laluan yang yang sukar untuk menawan semula negeri itu walaupun Mukhriz dilihat mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang di DUN Ayer Hitam.

Walaupun Najib dan Muhyiddin cuba menyerang Pas Kedah dan kerajaan pimpinan Azizan Razak dengan pelbagai isu, ia nampaknya tidak meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengundi. Beberapa pemimpin UMNO sendiri masih ragu-ragu sama ada BN mampu menawan semula Kedah atau sebaliknya.


UMNO dan BN sehingga ini dilihat tidak mampu menyediakan alasan yang benar-benar kukuh kenapa kerajaan Pas Kedah perlu ditukar kerana selama lima tahun ini kerajaan negeri itu telah berjalan dengan baik dan tidak berlaku sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa. Alasan pembangunan dan kekurangan pelaburan atau keinginan menukar semata-mata bukan saja tidak begitu diterima sehingga ini malah beberapa fakta yang dibawa oleh UMNO dan BN juga telah disanggah oleh kerajaan negeri..

Pas Kedah pula sering menghujahkan kejayaan pentadbiran mereka ialah berkaitan peningkatann hasil balak sebanyak RM40 juta setahun berbanding semasa BN yang hanya RM8 juta, selain pentadbiran yang bersih daripada unsur rasuah dan penyelewengan.

Jika keadaan ini berterusan sehingga hari pengundian, bermakna Mukhriz hanya boleh menang di DUN Ayer Hitam tetapi negeri Kedah masih kekal di tangan Pas. Impiannya untuk menjadi Menteri Besar menjadi tidak kesampaian.

Satu lagi faktor yang menyukarkan UMNO dan BN menawan semula Kedah ialah kerana faktor Mahathir. Terdapat pemimpin tertentu yang tidak senang dengan pengaruh Mahathir dan merasakan jika BN berjaya menawan semula Kedah serta Mukhriz menjadi Menteri Besar, ia bermakna kemunculan semula pengaruh bekas Perdana Menteri itu di arena politik Kedah.

Seorang penceramah Pas mendakwa, beliau telah diminta oleh pemimpin UMNO Kedah sendiri untuk menyerang Mahathir dan menggagalkan hasrat BN menawan negeri itu. Tidaklah menghairankan kini pelbagai serangan keatas Mahathir mulai diperhebatkan dengan pelbagai isu mula dibangkitkan mengenainya.

Sementara itu, hasrat BN untuk menumbangkan dua tokoh Pas di Kedah iaitu Mat Sabu di Pendang dan Mahfuz Omar di Pokok Sena dengan meletakkan calon yang diyakini boleh menang juga bakal menerima nasib yang sama kerana sehingga ini penerimaan pengundi lebih memihak kepada kedua-dua tokoh Pas itu.

Mat Sabu yang ditentang oleh Othman Abdul diramal akan mencapai kemenangan kerana calon UMNO itu merupakan calon kitar semula yang sudah tidak aktif lagi di kawasan itu sejak sekian lama manakala Sahlan Ismail juga masih mencari rentak yang sesuai dalam kempennya yang boleh memikat hati pengundi.

Ramai pengundi yang tidak tertarik dengan Sahlan kerana dalam kempennya beliau lebih banyak menceritakan tentang hubungan rapatnya dengan Najib dan bagaimana beliau kerap dipanggil ke Seri Perdana atas urusan-urusan tertentu oleh Perdana Menteri. Seorang pimpinan UMNO Pokok Sena dikatakan sampai menegur Sahlan berikutan cara kempennya itu kerana beliau sepatutnya memberitahu pengundi tentang apa yang mahu dilakukannya kepada kawasan itu daripada bercerita tentang akrabnya beliau dengan Najib dan keluarganya.

Selain itu, keupayaan Sahlan berucap juga menjadi isu dan sering dibandingkan dengan Mahfuz yang lebih mempersona khalayak ketika di atas pentas

Warta Darul Aman

Arkib