Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, May 20, 2013

UMNO Kedah gagal halang Black 505... kemenangan haram UMNO di Kedah akan dibongkar


Himpunan Black505 Kedah bertukar ke kompleks PAS

KUALA LUMPUR: Himpunan Black505, peringkat negeri Kedah yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim esok (21 Mei) dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata himpunan itu akan disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tambah beliau, himpunan itu bermula dengan solat maghrib berjamaah yang kemudiannya disusuli solat hajat.

"Kita bermula dengan solat maghrib. Kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.

"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Naib Presiden PAS itu.
Sejurus solat hajat, kata Mahfuz tepat jam 9 malam, kesemua adun dan ahli parlimen Kedah akan berucap pada malam itu, sebelum ucapan utama oleh Mohamad Sabu dan Anwar.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk turut serta pada himpunan Black 505 malam esok.

Warta Darul Aman

Arkib