Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, May 23, 2013

Sidang DUN tangguh kerana MB pi bercuti kat Eropah! Mampoih aihh, macam ni punya kerajaan pun ada dalam dunia ni...




Oleh: Mat Kering

Tadi MK dapat info dari seorang ADUN BN bahawa Majlis Angkat Sumpah Sidang DUN Kedah yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun 2013 terpaksa ditangguhkan ke 23 Jun. Waktu makluman Sidang DUN dibuat ia melalui surat rasmi yang dihantar pada ADUN tapi bila dibatalkan ia cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon dan sms. Cuihh apa punya koman kerajaan negeri dok ada..

Yang lebih mengejutkan MK, menurut ADUN BN tu ialah penangguhan dibuat kerana MB Mukhriz nak pi bercuti kat Eropah selama dua minggu. Nah aihh MB hangpa... pecacai bawahan pulun buat kerja dekat nak mampoih nak menangkan BN.. bila menang Mukhriz pi makan angin kat Eropah, orang bawah pi makan wap kat Danork guna duit sendiri. Nasib badan laaa.. 

Eh, Mukhriz pi luar negeri tu guna duit Tun Madey ka, duit rakyat? Jawab sat.

Tunggu berita panas selepas ni... MBAS akan roboh gerai peniaga di Taman Pelangi... baru menang tiga minggu dah tunjuk samseng dekat orang Melayu. Notis dah keluar, MB dok makan angin luar negeri... peniaga tunggu masa saja gerai nak kena roboh.

Warta Darul Aman

Arkib