Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, May 25, 2013

Rakyat bangkit membantah kemenangan haram UMNO!!!
















LAPORAN LANGSUNG

9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.

9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.

9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya."Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,"disambut tepukan hadirin.


9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.

Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.

9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 

7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

PETALING JAYA: Ribuan penyokong dengan berpakaian warna hitam membanjiri Padang Timur (Amcorp Mall) bagi menjayakan himpunan Suara Rakyat 505 yang bermula petang sehingga lewat malam ini.

Walaupun himpunan hanya bermula pada jam 5 petang tetapi para penyokong mula hadir sejak jam 3 petang tadi lagi.

Mereka yang hadir rata-rata dilihat santai dan ceria malah ada yang turut membawa keluarga.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pihak polis turut memberikan kerjasama baik dalam memastikan lalu lintas berjalan dengan lancar.

Dijangkakan pimpinan utama dari ketiga-tiga parti dari Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP akan hadir memberi ucapan malam nanti.

Bemula jam 5 petang ini, ucapan dimulakan dengan wakil-wakil NGO, aktivis serta sayap pemuda ketiga-tiga parti.

Exco Pemuda PAS, Mohd. Firdaus Jaafar ketika berucap menjelaskan tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk menuntut hak rakyat dikembalikan dan memberi signal bahawa rakyat tidak boleh ditipu.

"Tujuan kita berhimpun adalah hanya satu iaitu menuntut hak kita, semua rakyat mahukan sebuah negara yang selamat demi masa depan anak-anak kita akan datang.

"Malah dalam pada itu juga kita turut berhak menuntut ada rakyat tidak lagi terbeban dengan sara hidup yang melampau kerana kerakusan pemimpin kerajaan yang menyeleweng duit rakyat," ucap beliau pada himpunan Suara Rakyat 505.

Himpunan hari ini adalah anjuran gabungan NGO bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Himpunan hari ini juga turut menuntut supaya Pengerusi SPR meletak jawatan dengan segera kerana telah menghalalkan penipuan di dalam pilihanraya yang lepas.Hrkh

Warta Darul Aman

Arkib