Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, May 29, 2013

Melugai aku tengok Najib dok puji bini...

Permata: Beruntungnya Rosmah bersuamikan PM 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji isterinya sendiri dalam suatu program rasmi kerana beliau mengusahakan kerja-kerja kebajikan termasuk projek pendidikan awal kanak-kanak iaitu Permata.

“Terlalu besar jasa Datin Seri Rosmah pada pandangan PM sehingga beliau hanya nampak isterinya sahaja yang berjasa kepada negara yang tidak mampu ditandingi oleh rakyat lainnya,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, umum mengetahui projek Permata, iaitu pendidikan awal kanak-kanak adalah usaha Rosmah dan ia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Peliknya, ujar beliau kerana projek tersebut diberikan kepada isteri PM sendiri dan bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kemajuan Masyarakat.

Menurutnya, mungkin Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak layak menjalankan projek ini sehingga isteri PM terpaksa menggalas tugas projek kerajaan.


Beliau berkata, pujian PM menonjolkan satu lagi projek kronisme apabila memberikan imbuhan projek kepada isterinya dengan peruntukan yang besar.

“Beratus juta dibelanjakan hanya untuk projek Permata sedangkan banyak lagi institusi pendidikan yang jauh lebih penting tidak dibantu seserius Permata,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam keadaan demikian, tanya beliau apakah Permata telah mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan membanggakan atau sekadar ianya projek syok sendiri.

Riduan menambah, yang hanya diketahui Permata hanya bermanfaat untuk segelintir kanak-kanak, seperti golongan elit sedangkan jutaan lagi kanak-kanak terutama di kawasan pedalaman tidak mendapat apa-apa manfaat daripada Permata.

“Dalam keadaan begitu, beliau masih diangkat dan dipuji oleh PM yang juga suaminya sendiri.

“Beruntungnya Datin Seri Rosmah bersuamikan PM yang terlalu sayangkannya. Sayangkan isteri, puji isteri di khalayak atas jasa-jasanya dan beri isteri projek kerajaan yang menguntungkan.

“Inilah pasangan suami-isteri ‘mithali’ menjadi teladan bagi seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Warta Darul Aman

Arkib