Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, May 10, 2013

Mat Sabu pulak jadi mangsa fitnah puak Saitan D'Knalee

KUALA LUMPUR: Musuh PAS dilihat sangat terdesak apabila terpaksa menggunakan nombor telefon para pemimpin PAS untuk menyebarkan sentimen perkauman di negara ini.

Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa 'hack' nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.

"Hari ini saya diberitahu saya hantar mesej perkauman merata-rata," kata Haji Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Antara mesej yang dihantar adalah, "Mampus Melayu..Hidup cina..." yang dihantar menggunakan nombor telefon beliau.

"Saya akan membuat laporan polis segera," kata beliau kesal dengan tindakan terdesak musuh politik PAS itu.

Bagi Mohamad, ia adalah usaha untuk meniup api perkauman di kalangan orang Melayu agar membenci kaum Cina.

Sebelum ini, akhbar Umno Utusan Malaysia telah membuat laporan muka depan dengan berita bertajuk, "Apa lagi yang Cina mahu."

Laporan ini dibuat selepas kenyataan Presiden Umno yang sedang luka, Datuk Seri Najib Razak, 'Ini tsunami Cina'.

Najib pula ketika ditanya wartawan tentang laporan muka depan Utusan itu mempertahankannya dengan berkata, "Apa kurangnya akhbar Cina."

Ekoran itu, pelbagai pihak membuat kenyataan menyelesalinya dan pihak polis mula membuat siasatan mengenainya.

Semalam nombor telefon Salahudin Ayub di'hack' oleh pihak yang bertanggungjawab dan menghantar mesej perkauman kepada orang ramai atas nama beliau.

Salahudin akan membuat sidang media mengenainya hari ini.

Warta Darul Aman

Arkib