Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, May 1, 2013

Giliran Anwar pula doakan Tok Det selepas Ustaz Fadzil Nor doa

Mohd Sabri Said,30 Apr 2013

(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat  supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya,"  ujar beliau.

Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke  empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.

"Tak apa biarlah mereka tabur fitnah kerana lepas ini mereka tidak boleh buat lagi kerana kita sudah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.  Jika masih ada yang degil tak ikut cakap pasti dibicarakan, " katanya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menegaskan,  tidak pernah takut dengan individu bernama Mahathir Mohamad seperti mana Perdana Menteri sekarang,  Datuk Seri Najib Razak yang terlalu akur dengan kehendak Dr Mahathir walaupun apa yang diputuskan dalam mesyuarat berlainan.

Menjadi orang takut sambungnya,  menyebabkan rakyat tertekan ekoran semua keputusan dibuat berdasarkan kepada kepala otak mereka sahaja.

Berceramah sama dalam program anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah calon PKR  Seberang Jaya,  Dr Afif, calon Penanti, Dr Norlela Arifin, calon PAS Permatang Pasir,  Datuk Saleh Man dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri,  Ustazah Rahmah Mat Isa.

Warta Darul Aman

Arkib