Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, April 19, 2013

Tun M dah MATI??





"Najib Razak bijak mematikan langkah Mahathir, Muhyiddin, dan Mukhriz Mahathir. Sepandai pandai dan licik Mahathir dan gengnya dalam percaturan pilihanraya umum ke-13, Najib Razak dan gengnya sempat mematikan langkah kumpulan Muhyiddin, Mukhriz dan bapanya Mahathir.

Projek Mahathir, Muhyidin dan gengnya gagal menyekat pengaruh Najib Razak dalam soal calon yang bertanding PRU13. Mukhriz Mahathir terpaksa bertanding kerusi Dun Ayer Hitam, kawasan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Jika BN Kedah kalah pada PRU13, pengaruh dan cita cita Mukhriz Mahathir tersekat dan disekat pengaruhnya dalam menghadapi pemilihan jawatan dalam Umno pusat.

Dalam percaturan calon pilihanraya umum ke-13 Najib Razak mengambil kira pemilihan UMNO pusat, Najib Razak takut dicabar oleh Muhyiddin dan Mukhriz mencabar Hishammuddin dalam pemilihan UMNO pusat.

Di sini nampak hebat dan bijak Najib Razak menyekat gerombolan yang mahu dan bercita cita menjadi Presiden UMNO. Muhyiddin agak kendur dan akan akur pada Presiden UMNO sehingga beliau bersara sebagai timbalan presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Itu pun jika BN/UMNO menang pilihanraya umum ke-13.

Risikan sekarang Barisan Nasional masih berada angka 100 kerusi parlimen. Pesaingnya Pakatan Rakyat dijangka memperolehi 135 kerusi parlimen keseluruhannya.

Najib Razak mengambil satu transformasi politik yang hebat sehingga penama Zulkifli Noordin calon BN/UMNO bertanding kerusi parlimen Shah Alam . Mungkin Zul Noordin boleh menang lawan Khalid Samad dari Pas.

Apa pun teknik dan gaya, Najib Razak dan BN/UMNO bakal mati dan nazak selepas 5/5/2013. Rakyat mahu ubah, rakyat mahu tukar, rakyat mahu harga petrol turun harga, rakyat mahu pendidikan percuma rakyat mahu menghukum Najib Razak, Mahathir dan gengnya dibicara di mahkamah bagi mencari keadilan yang betul.

Rakyat sudah bosan selama 56 tahun dari perikatan dan sampai ke Barisan Nasional menipu rakyat, rasuah, bunuh. Hanya undur dan ABCD. ASALKAN BUKAN CALON DACING, ABU ASALKAN BUKAN UMNO.


Warta Darul Aman

Arkib