Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, April 17, 2013

Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh sertai PAS?



Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib ke dalam PAS sudah pun diketahui umum dan hanya menunggu penguman rasmi dari parti. Persoalan kini, siapa lagi seorang Tan Sri yang dinyatakan oleh Naib Presiden PAS yang turut sama telah mengisi borang menyertai PAS?

Salehuddin telah pun memberikan klunya lebh kurang begini:
“Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen."


Di dalam satu laporan lain Salehuddin menyatakan:

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar - dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.


Sekarang mudah untuk mendapat tahu jawapannya.

Siapakah bekas Menteri Besar dari negeri sebelah utara yang ada Tan Sri?

Ada dua orang, Pertama Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak dan kedua, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas MB Perlis.

Apabila melihat pula kenyataan Salehuddin bahawa beliau menduduki hirarki tertinggi di dalam pentadbiran parlimen, maka jawapan yang jelas ialah yang kedua itu, iaitu Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Meskipun Tan Sri Ramli Ngah Talib pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat, tetapi apabila dinyatakan hirarki tertinggi di parlimen, maka sya lebih cenderung untuk menjangkakan Tan Sri Abdul Hamid kerana Berikut ialah petikan biografi Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh yang dipetik dari laman wikipedia:

Beliau berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau menang bertanding di Parlimen Arau, Perlis dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 . Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.

1986 beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986 .Pada Ogos 1986 Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008)

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau bertanding semula di parlimen Kangar.

Beliau menjadi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara sejak 7 Julai 2003 dan disambung lagi pada 19 Julai 2006 untuk penggal kedua.Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan cadangan itu dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dan disokong oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman, di Dewan Negara.

Pada 6 Julai 2009, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Tempat beliau akan diambil alih timbalannya, Wong Foon Meng, 55, yang juga Setiausaha Agung MCA mulai 7 Julai 2009.


Menurut Salehuddin lagi:

Kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

“Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.


Kepada kedua-dua bekas MB tersebut, kita mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam PAS dengan ucapan ahlan wa sahlan dan kita berdoa agar tuan-tuan berdua dikurniakan kekuatan serta istiqamah untuk terus bersama di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan!

PEMBETULAN:

TERKINI: Maaf Bukan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tetapi ....
7 comments:

Warta Darul Aman

Arkib