Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, April 1, 2013

Siapa dalang serangan Lahad Datu, Anwar atau Najib?

(Merancang konspirasi?)

Para pemimpin BN serta media mereka cuba mengaitkan DS Anwar kononnya sebagai dalang serangan pengganas Sulu di Lahad Datu. Pelbagai 'bukti' dikumpulkan dan disiarkan dalam media arus perdana sebagai perang saraf untuk menanam persepsi buruk terhadap Anwar, termasuk laporan polis dan demonstrasi haram yang mengaitkan Anwar dengan pencerobohan.



Mereka menyiarkan foto 'Anwar dan Nur Misuari' untuk mengaitkan Anwar dengan pengganas Sulu. Macam mana pula dengan munculnya foto Najib dengan individu yang dikaitkan dengan pengganas Sulu? Mungkinkah serangan pengganas Sulu dirancang oleh Najib demi untuk menaikan imej beliau menjelang PRU13? 

Perkasa patut buat report polis desak siasatan dibuat terhadap Najib pula setelah polis tidak menjumpai bukti untuk mengaitkan Anwar dengan pengganas Sulu.

Warta Darul Aman

Arkib