Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, April 17, 2013

Shahanim tersingkir angkara percaturan Tun Mahathir?


Demontrasi di Pulau Sayak tolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, kejadian ini petang tadi sebaik saja sebelah pagi  senarai calon yang terpilih diumumkan oleh Pengerusi perhubungan negeri di Anak Bukit.

Dimaklumkan mereka mahukan calon bekas ketua puteri umno Kedah Shahnim Yusoff, dipercayai  jugak pemilihan calon dipengaruhi oleh Tun M membuatkan mereka bertambah marah......

  "KAMI NAK SHAHANIM YUSOFF" kata penyokong-penyokong yang membuat bantahan juga mengutuk keras tun M dan Mukhriz....



Selepas pengumuman calon... Insya'Allah, BN kedah akan hilang (paling kurang) enam kerusi DUN

Jika kelmarin adalah hari mengundi, maka mengikut laporan dari bilik gerakan pilihanraya BN Kedah akan memenangi 19 kerusi, cukup simple majoriti untuk memerintah Kedah. Kajian dan andaian boleh dipertikaikan kerana meletakkan sokongan pengundi Cina adalah sebanyak 40 peratus, sedangkan BN amat sukar untuk memperolehi walaupun 30 peratus sokongan pengundi Cina. Tidak mengapa, itu statistik culaan mereka.


Tetapi jika hari mengundi berlaku selepas dari hari ini, maksudnya selepas senarai calon BN Kedah diumumkan secara rasmi maka BN dijangka kehilangan paling kurang... lagi enam kerusi DUN! Itulah masalah besar BN, khususnya UMNO yang sering disebut sejak Mac 2008. Hampir semua pemimpin UMNO apabila bercakap mengenai harapan untuk mengambil kembali Kedah akan melengkapkan ayat dengan "...dengan syarat ahli-ahli UMNO semua kena bersatu."


UMNO Kedah menyampah dengan Datuk Mukhriz yang asyik 'ikut pungkok pak dia' untuk tagih sokongan

Kewujudan kem dan masalah dalaman yang melanda UMNO sudah terlalu parah membarah serta sukar untuk diubati lagi. Penyelesaian terhadap masalah perebutan calon ini bukanlah baru, berlaku dengan serius sejak dua dekad lalu. Namun masa itu semuanya dapat diselesaikan kerana UMNO dipimpin oleh Dr. Mahathir yang sangat berkuasa.

Penulis (ahli UMNO ketika itu) masih ingat drama Dato' Saad Man ingin bertanding calon bebas di Kubang Pasu kerana namanya tidak tersenarai. Tun Mahathir memerah airmata di hadapan Saad dan menjanjikan jawatan di KL.

MENYUSUL LAGI.....
Anda mungkin juga meminati:

Warta Darul Aman

Arkib