Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, April 16, 2013

Selepas pengumuman calon... Insya'Allah, BN kedah akan hilang (paling kurang) enam kerusi DUN




Oleh: Hafizi Azimi

Jika kelmarin adalah hari mengundi, maka mengikut laporan dari bilik gerakan pilihanraya BN Kedah akan memenangi 19 kerusi, cukup simple majoriti untuk memerintah Kedah. Kajian dan andaian boleh dipertikaikan kerana meletakkan sokongan pengundi Cina adalah sebanyak 40 peratus, sedangkan BN amat sukar untuk memperolehi walaupun 30 peratus sokongan pengundi Cina. Tidak mengapa, itu statistik culaan mereka.



Tetapi jika hari mengundi berlaku selepas dari hari ini, maksudnya selepas senarai calon BN Kedah diumumkan secara rasmi maka BN dijangka kehilangan paling kurang... lagi enam kerusi DUN! Itulah masalah besar BN, khususnya UMNO yang sering disebut sejak Mac 2008. Hampir semua pemimpin UMNO apabila bercakap mengenai harapan untuk mengambil kembali Kedah akan melengkapkan ayat dengan "...dengan syarat ahli-ahli UMNO semua kena bersatu."

UMNO Kedah menyampah dengan Datuk Mukhriz yang asyik 'ikut pungkok pak dia' untuk tagih sokongan

Kewujudan kem dan masalah dalaman yang melanda UMNO sudah terlalu parah membarah serta sukar untuk diubati lagi. Penyelesaian terhadap masalah perebutan calon ini bukanlah baru, berlaku dengan serius sejak dua dekad lalu. Namun masa itu semuanya dapat diselesaikan kerana UMNO dipimpin oleh Dr. Mahathir yang sangat berkuasa. Penulis (ahli UMNO ketika itu) masih ingat drama Dato' Saad Man ingin bertanding calon bebas di Kubang Pasu kerana namanya tidak tersenarai. Tun Mahathir memerah airmata di hadapan Saad dan menjanjikan jawatan di KL.

Zaman itu sudah berlalu. Puak yang memprotes dalam UMNO tidak boleh lagi dipujuk dengan air mata, jawatan mahupun wang ringgit. Mereka lebih terpesona dengan kata-kata hikmat Tok Guru Nik Aziz "Bagi duit ambik, bagi gula kacau...". Ramai pemimpin UMNO Kedah yang kecewa tidak terpilih jadi calon PRU12 lalu menjadi kaya sejurus kerana disumbat mulut agar tidak memprotes. Ia tampak berjaya kerana pemimpin yang kecewa itu bukan setakat menghentikan protes malah naik ke pentas BN berkempen membantu pesaingnya dalam UMNO. Namun selepas turun dari pentas ceramah mereka mengatur kempen yang lebih hebat kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi, supaya mengundi parti lawan. Itu kelebihan orang UMNO yang mampu mempunyai dua wajah dalam parti sendiri.

Penulis tidak berminat untuk mengulas siapa pelakon-pelakon terbabit dan siapa pula bakal pelakon dalaman UMNO yang akan muncul di PRU13 ini. Biarkan mereka, itu masalah mereka. Masalah akibat terlalu lama dianugerahkan kuasa dan kekayaan. Cuma nak beritahu rakyat senario sebenar dalaman UMNO yang hakikatnya sudah hancur macam dimakan anai-anai.

Penulis yakin bahawa UMNO akan berkubur... bukan setakat di Kedah tetapi di Putrajaya. Saat kematian mereka sudah tampak akan percamannya.

Warta Darul Aman

Arkib