Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, April 26, 2013

Saramsak Kram Jadi Duta DHPP


Dari kiri: Radhi, Saramsak, Nasir bersama kepimpinan DHPP Padang Terap.

PADANG TERAP: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria mendapat respons yang amat baik dengan penyertaan dan pelantikan bekas pemain bola sepak negara, Saramsak Kram sebagai Duta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Padang Terap.

“Beliau mempunyai peminat yang cukup ramai. Sebagai pemain bolasepak kebangsaan dan pemain Kedah, beliau adalah wakil massa Siam yang santai,” ujarnya yang juga calon PAS bagi Parlimen P.007 Padang Terap.


Beliau percaya penyertaan Saramsak dari kaum Siam itu di dalam DHPP kawasan akan melonjakkan jentera Pakatan Rakyat Padang Terap untuk menghadapi PRU13 ini.

Nasir mengumumkan penyertaan Saramsak itu pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan DHPP Padang Terap, kelmarin.

Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap itu berkata, kehadiran bekas pemain negara dan Kedah, Radhi Mat Din pada majlis itu amat bermakna.

Begitu juga, katanya dengan sokongan kuat Enam a/l Chai Keow selaku Pengerusi DHPP Padang Terap dan Nai On Serta CB Yuan dari DHPP itu.

Mengulas penyertaan bersama PAS, Saramsak berkata perjuangan Pakatan Rakyat senada dengannya untuk membela rakyat.

Justeru, beliau menggunakan masa berkempen PRU13 yang masih ada untuk mendekati masyarakat Siam.

Warta Darul Aman

Arkib