Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, April 13, 2013

Puak Be End sebar cerita Mahfuz nak bertanding kerusi DUN pulak dahhh... hii tak abih-abih puak ni dok spin rakyat


Mahfuz: ‘Saya bukan calon MB’
MUHAMAD MAT YAKIM


ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menafikan akan bertanding kerusi Dun Bukit Pinang selain mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena bagi membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Pakatan Rakyat (PR) berupaya mengekalkan pemerintahan negeri ini.

Sambil menggeleng-geleng kepala, Mahfuz berkata, beliau tidak pernah diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding kerusi negeri.

“Isteri saya pun satu saja, takkan saya nak bertanding dua kerusi,” ujarnya berseloroh ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di sini.

Menurutnya, beliau tidak pernah ambil ‘pusing’ mengenai cakap-cakap seperti itu kerana tumpuannya hanya untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena di bawah penguasaan Pas.

“Saya tak pernah tahu siapa calon menteri besar, atau sama ada menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) perlu ditukar. Saya yakin kita akan kekal berkuasa di Kedah dan berjaya ambil alih Putrajaya,” katanya.
Mahfuz antara lima pemimpin kanan yang diputuskan Pas dalam mesyuarat parti itu Selasa lalu untuk mempertahankan kerusi yang disandang, dijangka akan berhadapan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail, juga anak jati kawasan itu.

Ditanya mengenai calon ‘heavyweight’ yang akan dihadapinya, pemimpin Pas yang berasal dari Titi Gajah itu berkata: “Ini pertandingan biasa, sesama adik beradik. Kita berlawan dalam politik bukan untuk bermusuh.”

Warta Darul Aman

Arkib