Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, April 4, 2013

PRU13: Gerak kerja PAS lebih baik dari 2008, petanda PAS akan menang lebih besar...InsyaAllah!!!





MARANG: Mesej PAS kepada rakyat agar dapat membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13 ) ini ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengemukakan calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini di kalangan yang paling bertanggungjawab serta beramanah.

“Mesej kita (PAS) kepada rakyat Malaysia seluruhnya supaya membuat (perubahan) yang menyelamatkan negara dan rakyat secara yang menyeluruh.


“Insya Allah, kita akan kemukakan calon-calon yang paling bertanggungjawab, yang paling menunaikan amanah sama ada dibuktikan melalui kerajaan-kerajaan yang kita (Pakatan Rakyat) perintah, melalui kawasan-kawasan yang sudah dimenangi, melalui Pusat-pusat Khidmat Masyarakat yang dilakukan di kalangan kita (PAS) kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2013 dan rakyat dapat menilainya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Kampung Rusila, ekoran pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, meski pun PAS belum lagi sebagai sebuah parti yang memerintah kerajaan Pusat tetapi dapat menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan dengan penuh keikhlasan.

Sehubungan itu, Presiden PAS turut mengulangi penegasan parti bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Alhamdulillah, kita telah selesai membuat penyusunan dan pembahagian dengan sebaik-baiknya. Malah, lebih baik dari pilihan raya tahun 2008 di mana gerak kerja dan jentera kita lebih baik dari masa-masa yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak agar kerajaan Barisan Nasional berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali ini.

Katanya, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami, pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan,” tegasnya di hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Selain itu, Ustaz Abdul Hadi turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dan profesional.

“Cuma saudara kena catit apa yang kita lapor. Itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini, yang atas macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan, jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP negeri, Jefri Chua

Warta Darul Aman

Arkib