Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, April 28, 2013

POLIS kena pantau keselamatan semua orang bukan tumpu kepada KRONI


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menumpukan usaha bagi mempertingkatkan soal keselamatan semua pihak jika berjaya mengambil alih kerajaan.

Tumpuan itu berasaskan kepada aspek pencegahan dengan meletakkan lebih ramai anggota keselamatan bagi memantau dan mencegah kegiatan jenayah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar), berkata dengan meletakkan lebih ramai anggota keselamatan di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di kawasan panas, akan membantu mengurangkan kejadian jenayah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes terbaru membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati pagi tadi.

Tegas Mahfuz, jika Pakatan Rakyat memerintah, peranan dan tugas anggota keselamatan akan dinilai dan dikaji semula bagi memastikan mereka benar-benar bertindak profesional dalam menjalankan tugasan mereka.

"Selalunya apabila kes begini berlaku, ada yang memberi alasan kekurangan anggota untuk mengadakan rondaan secara kerap.



"Jika bilangan anggota menjadi masalah, kami Pakatan Rakyat mempunyai beberapa penyelesaian, antaranya mengambil lebih ramai anggota baru, selain memastikan mereka ditugaskan benar-benar mengikut keperluan rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Ini kerana, katanya terdapat anggota polis yang dilihat lebih menumpukan kepada tugas lain seperti memantau kegiatan Pakatan Rakyat, sedangkan lebih banyak keperluan lain yang lebih mendesak.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memohon pihak berkuasa untuk membuat siasatan rapi yang seadil-adilnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi parlimen P125 Putrajaya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian insan tersayang dan mengharapkan keluarganya menerima ujian ini dengan reda.

Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Dengkil ditembak tiga das ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan berhampiran Balai Polis Putrajaya pada jam 8.15 pagi.

Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Warta Darul Aman

Arkib