Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, April 16, 2013

Orang UMNO Kedah marahkan Tun Mahathir kerana hanya perjuangkan politik anaknya bukan kepentingan rakyat




KUALA LUMPUR: Cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga legasi dan kepentingan anak-anaknya hampir menjadi realiti kini apabila anaknya Mukhriz Mahathir bertanding di peringkat DUN untuk membuka laluan kepadanya  menjadi MB Kedah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas kini kesungguhan Mahathir bergerak ke sana sini bukan untuk kepentingan Umno sebagaimana didakwa tetapi menjaga kepentingan anak-anaknya.

"Dia berjaya nampaknya mempengaruhi Najib untuk membuka jalan kepada anaknya naik ke kerusi MB. Bagaimanapun kita yakin, rakyat tahu apa yang lebih baik untuk negara," kata Mahfuz.


Beliau mengulas keputusan Umno untuk meletakkan Mukhriz bertanding di DUN Air Hitam, Kedah.

Air Hitam adalah DUN di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Mukhriz kini.


Sebelum ini, Datuk Seri Anwar selalu sahaja menyebut kesungguhan Mahathir adalah untuk menjaga legasi beliau dan anak-anaknya.

Atas dasar itulah, beliau menjaga kepentingan perniagaan dan politik anak-anaknya.

Dalam sidang medianya hari ini Mahfuz juga menolak desas desus yang mengatakan beliau akan bertanding kerusi DUN di samping kerusi Parlimen Pokok Sena.

"Saya hanya akan bertanding Parlimen Pokok Sena saja," kata Mahfuz (gambar kanan).
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Mahfuz akan bertanding di Parlimen Pokok Sena

Warta Darul Aman

Arkib