Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, April 18, 2013

Najib tunjuk JALAN MATI dekat ANAK MADEY!!


KUALA LUMPUR: Di antara percaturan menarik yang dilakukan oleh Najib dalam pilihanraya umum kali ini ialah memindahkan Ghani Othman bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di Dun Ayer Hitam serta dijanjikan kerusi Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawan negeri itu.


Bagi penulis politik, Shahbudin Husin, sekali imbas, tindakan meletakkan Ghani bertanding di Gelang Patah dilihat seperti keputuan yang berani dan menunjukkan pemikiran di luar kotak sebagai jalan terbaik untuk "membunuh" karier politik Lim Kit Siang tetapi ia juga boleh "membunuh" karier politik Ghani yang sudah empat penggal menjadi Menteri Besar Johor.

“Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, calon MCA menang di Gelang Patah dengan majoriti 8851 undi tetapi dengan 54 peratus pengundi kawasan itu terdiri daripada pengundi Cina, laluan Ghani tidaklah seperti melalui karpet merah, tambahan lagi dengan perkembangan semasa yang menunjukkan pengundi Cina memang menolak BN dan mahukan perubahan,” tulis beliau di dalam blognya.

Bagi Mukhriz pula, menurutnya tindakan Najib meletakkannya bertanding di Ayer Hitam serta dijanjikan jawatan Menteri Besar Kedah juga mengundang risiko yang tinggi dan sama seperti Ghani, beliau juga umpama diberikan jalan mati oleh Najib dalam pilihanraya kali ini.

Katanya, walaupun Mukhriz menang di Jerlun dalam pilihanraya 2008 lalu tetapi perjuangannya di Dun Ayer Hitam kali ini tidaklah semudah yang dijangka, tambahan pula kawasan itu dimenangi oleh calon PAS, Ghani Ahmad dengan majoriti 506 undi dengan menewaskan calon BN, Othman Aziz.

Warta Darul Aman

Arkib