Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, April 5, 2013

Najib pilih bubar hari RABU (Rakyat Akan Buang Umno), Pakatan pula pilih bubar hari Jumaat yang mulia


Saya pilih Jumaat, penghulu segala hari – Lim Guan Eng 

PETALING JAYA, 4 APR: “Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari.”

Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari esok Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang, lapor Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR petang tadi.

Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Pagi tadi Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.
Beliau mencadangkan agar esok dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu. – Roketkini.com

 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=K2qW1hjfl9w

Warta Darul Aman

Arkib