Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, April 27, 2013

Mat Sabu akan kemukakan siasatan kepada pihak POLIS


PENDANG: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS dan Pakatan Rakyat tidak ingin melihat kejadian kematian dalam tahanan berulang jika mereka diberi mandat 5 Mei ini melangkah ke Putrajaya.

“Jika ia berlaku juga, saya berjanji akan pastikan siasatan dilakukan secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang berlaku.

"Kita mesti kurangkan kematian dalam tahanan, dan kalau boleh nak tidak berlaku lagi. Langkah ini penting untuk memulihkan semula martabat pihak penguasa di mata rakyat,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kematian dalam tahanan menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini di bawah pemerintahan BN.

Beberapa kes kematian dalam tahanan telah menimbulkan kemarahan orang awam. Antaranya ialah kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.



Awal tahun ini, SUARAM turut mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.

k. Nagarajan, 32 dilaporkan mati dalam tahanan pada 21 Disember 2012. Dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam isu kematian dalam tahanan yang melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara sering dikritik.

Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008.

Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009.

Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.

Warta Darul Aman

Arkib