Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, April 29, 2013

Masyarakat bukan Melayu beri sokongan padu...say no for BN...


OLEH : SARINA ISMAIL



India dan Cina bersama-sama keluar berkempen untuk calon PAS...



ALOR SETAR - Sentiasa menyapa mesra dan tidak lokek mengukir senyuman menjadikan setiap pengundi yang beliau kunjungi merasa senang serta mudah mesra dengannya. Kalimah 'ini kalilah' yang sering beliau ucapkan kepada pengundi yang ditemui kerap kali mendapat balasan positif dari mereka.

Salah seorang ahli DHPP sedang menerangkan sesuatu kepada pengundi India
Beliau yang telah menjadi ADUN N33 Merbau Pulas pada pilihanraya ke-12 yang lalu, tidak pernah lupa menjalankan kewajipannya melawat kawasan, menziarahi mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan lain-lain keperluan walau pun sibukdengan tugas beliau sebagai Exco kerajaan Negeri Kedah.

Dato'Ustazah Siti Ashah Ghazali antara calon wanita (PAS) yang dipilih untuk sekali lagi bertanding di N33 Merbau Pulas, iaitu Dun yang telah dimenangi oleh beliau sebelum ini. Ketika ditemui beliau bersama rombongan yang terdiri dari pelbagai kaum, Melayu, India dan Cina bersama-sama berjumpa pengundi di sekitar Pekan Padang Serai menyampaikan risalah di samping merayu undi untuk Pakatan Rakyat.

Ini kalilah....sahut mereka
Suasana mesra di kalangan pemilik premis perniagaan di situ yang kebanyakannya dari kalangan orang Cina menunjukkan kehadiran beliau disenangi. Kedatangan beliau disambut mesra dan mereka berjanji akan terus menyokong Pakatan Rakyat dan mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

"Saya cukup teruja dengan penerimaan masyarakat cina khususnya yang terus menerus memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Dan saya merasakan sokongan dari mereka semakin bertambah.

"Saya yakin pengundi Cina dan India akan terus "stay" bersama Pakatan Rakyat. Hasil pemerintahan kita selama 5 tahun, mereka telah melihat dan merasai sendiri, apa yang telah dilaksanakan untuk rakyat dan keadilan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kepada semua kaum, tidak mengira agama dan fahaman politik,"ujarnya ketika ditemu bual.

Apabila ditanya berkenaan dengan pengundi Melayu, beliau mengulas, sokongan orang Melayu juga tidak berubah kepada Pakatan Rakyat dan pada piliharaya kali ini, beliau menyaksikan perpecahan berlaku dikalangan penyokong BN kerana ramai di antara mereka yang tidak bersetuju dengan calon BN yang dipilih. Kata mereka, calon berkenaan boleh diibaratkan seperti "calon kitar semula", sedangkan masih ramai yang lebih berwibawa untuk diketengahkan.

"Mereka ini kita lihat seperti 'silent protes'atas apa yang diputuskan oleh pihak atasan parti mereka. Jadi mereka rasa kecewa kerana bagi mereka masih ada calon "winnabble" yang boleh dipilih oleh parti tetapi ianya tidak mendapat perhatian dari mereka.

"Ini terbukti apabila pos-pos BN tidak seperti dahulu. Pukul 11 malam dah tak ada orang, dah tutup. Waktu siang pun cuma beberapa orang sahaja yang berada di situ," tambah beliau lagi.

Ustazah Ashah beramah mesra bersama ibu-ibu yang sedang
menyediakan juadah kenduri
Dalam kesibukan beliau berjumpa pengundi, beliau sempat memenuhi undangan kenduri "cukur kepala" di Kampung Tanjung Belit. kesempatan itu, beliau beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pengunjung.

Apabila ditanya apakah harapan beliau untuk PRU kali ini, beliau mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus dikekalkan dan mudah-mudahan usaha kita untuk memenangi PutraJaya menjadi kenyataan. Walau bagaimana pun, keupayaan pihak BN janganlah dipandang ringan kerana mereka akan melakukan apa saja untuk mempertahankan PutraJaya dan untuk merampas kembali Kedah. Walau pun mereka  ketandusan isu namun mereka sanggup mengada-adakan provokasi murahan bertujuan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kita beri sekali lagi kepada Pakatan Rakyat Kedah..............
Sementara itu, calon N09 Jitra, Dr Rahimah Mutalib, melahirkan rasa gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh golongan muda. Semangat yang mereka tunjukkan sangat berbeza jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. Selain itu pengundi-pengundi Cina dan India pula bukan sahaja menyokong malah turut membantu calon Pakatan Rakyat. Bagi mereka bukan sahaja sokongan yang patut diberi kepada Pakatan Rakyat malah ianya sudah menjadi kewajipan kepada mereka untuk mempastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

"Baru-baru ini, seramai enam hingga tujuh ratus orang-orang India berkumpul dihadapan kuil ( setelah selesai upacaraagama mereka), melahirkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. MKK dari kaum India mengadakan majlis itu untuk mereka,"jelas Dr Rohani.

Katanya lagi, BN gagal memainkan isu-isu besar melainkan menaikkan sepanduk prorokasi memfitnah dan mengada-adakan cerita yang tidak benar terhadap Pakatan Rakyat sedangkan dalaman mereka sendiri bermasalah. Pertembungan dua pilihan, antara calon lama, Saad Man dan calon yang dipilih sekarang, Aminuddin Omar memberi kesan kepada pemimpin UMNO khususnya.

Dr Rohani bersama petugas berjumpa pengundi cina di premis perniagaan mereka sambil mengedarkan
 risalah Pakatan rakyat. 
Dari tinjauan yang dibuat, Saad Man adalah calon terakhir yang dipilih tetapi disaat-saat akhir Aminuddin Omar yang dipilih. Walau bagaimana pun katanya, semua itu bukanlah menjadi ukuran kerana baginya bekerja bersungguh-sungguh meraih simpati pengundi, selain menceritakan tawaran-tawaran Pakatan Rakyat andainya berjaya menawan PutraJaya, itu lebih penting.

Ketika ditemui beliau bersama-sama petugas-petugas mengadakan lawatan sambil menyampaikan risalah kepada peniaga-peniaga sekitar Pekan Jitra. Selain bersama petugas bertemu pengundi secara terus, beliau juga diundang berceramah di waktu malam di tempat-tempat yang diatur oleh pihak MTD.

"Saya yakin, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan mengekalkan kemenangannya dan InsyaAllah kita akan ke PutraJaya, cuma saya kesal kerana UMNO/BN cuba menggunakan nama beliau, menghantar pesanan ringkas yang berbentuk provokasi kepada pengundi-pengundi,"katanya mengakhiri temu bual.

Warta Darul Aman

Arkib