Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, April 15, 2013

Lebih banyak penyelewengan BN akan terbongkar bila Pakatan tawan Putrajaya

Lebih banyak penyelewengan BN akan dibongkar apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya nanti. Demikian diberitahu oleh bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul yang berucap di hadapan ribuan rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Bongkar RM403 Juta yang diadakan di Dataran Zero Sungai Petani.

Himpunan yang bertemakan 'BN Tak Jawab' adalah himpunan besar kali kedua diadakan di negeri ini selepas Alor Setar, yang mencabar BN menjawab kesemua 11 isu yang dibangkitkan berhubung projek 'biawak hidup' tinggalan BN.

Bongkar 403J telah menganjurkan lebih 80 ceramah biasa dan kelompok dalam usaha menjelaskan kepada rakyat kegagalan BN menguruskan negeri dan sebagai iktibar kepada rakyat jangan lagi mengulangi kesilapan memilih BN untuk menerajui negeri ini.

Antara aktiviti yang terus berjalan sejak dua bulan lalu ialah konvoi jelajah daerah, kumpul tandatangan di pekan sehari dan pasaraya, edaran risalah, poster dan pelbagai bahan kempen kesedaran.

Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, Firdaus Jaafar, himpunan Bongkar terakhir sebelum PRU akan diadakan di Kulim pada tarikh yang akan diberitahu kelak.


























Warta Darul Aman

Arkib