Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, April 21, 2013

Kecut teloq dah puak UMNO ni...

KUALA LUMPUR: Calon PKR di Pandan, Rafizi Ramli telah mendedahkan kepada media dokumen-dokumen dakwaan salah laku yang dihadapi calon BN Pandan, Gary Lim.

"Saya mendapat maklumat mengenai dakwaan salahlaku etika yang melanggar peraturan guaman melibatkan calon BN Pandan, Saudara Gary Lim sejak 4 hari yang lepas. 

"Beberapa dokumen dihantar di dalam sampul surat tidak bernama kepada saya," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Antarab dokumen itu adalah: 




1.      Surat-menyurat dari Majlis Peguam kepada Gary Lim berkenaan surat tunjuk sebab atas dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman, apabila beliau gagal berterus terang mengenai statusnya sebagai seorang peguam

2.      Surat-menyurat dari bekas firma guaman Gary Lim iaitu Shearn Delamore & Co mengenai dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini; dan

3.      Laporan polis yang dibuat terhadap Gary Lim oleh bekas majikannya sendiri iaitu Shearn Delamore & Co kerana didakwa telah menyalahgunakan nama firma guaman itu

"Saya sertakan dokumen-dokumen berkenaan untuk diteliti oleh pihak media dan rakyat," kata Rafizi.

Bagi beliau, dakwaan salahlaku etika dan pelanggaran peraturan guaman ini adalah satu tuduhan yang serius kerana ia mempersoalkan kejujuran Gary Lim sebagai seorang professional. 

Beliau tertakluk kepada undang-undang yang ketat dan jelas mengenai kerjayanya sebagai seorang peguam kerana kerjaya itu melibatkan kepercayaan pelanggan kepada beliau. 

Oleh yang demikian, beliau perlu sentiasa jujur dan mematuhi segala peraturan guaman untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada bidang guaman, katanya.

Bagi Rafizi, rakyat bakal meletakkan kepercayaan kepada setiap orang wakil yang terpilih agar sentiasa jujur, tidak menyeleweng dan beretika tinggi.

"Jika Gary Lim tidak boleh mematuhi etika dan peraturan guaman, ada risiko bahawa beliau juga tidak boleh dipercayai sebagai seorang wakil rakyat. 

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkan perkara ini kepada pengundi Pandan, agar mereka dapat memilih seorang wakil rakyat yang bersih, amanah, beretika dan boleh dipercayai," kata Rafizi.

Warta Darul Aman

Arkib