Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, April 8, 2013

Kaum India Kedah marah pada UMNO fitnah kerajaan negeri menipu



Masyarakat India negeri ini melahirkan rasa marah kepada UMNO kerana menuduh kerajaan negeri sengaja menipu mereka dengan memberi cek yang tidak boleh ditunaikan, walhal apa yang berlaku hanya kesilapan teknikal bukannya kerana Kerajaan Negeri tiada duit. Mereka menyifatkan UMNO sebagai batu api dan sengaja 'mahu cari fasal' dengan masyarakat India Kedah. 


"Majoriti orang India Kedah sokong Pakatan Rakyat, UMNO jangan bikin kacau," ujar seorang lelaki India (gambar atas).


Sekolah-sekolah Tamil di Kedah terima sumbangan Kerajaan Negeri






ALOR SETAR – Sebanyak 58 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah menerima sumbangan berupa cek daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sumbangan tahunan yang berjumlah RM229 ribu diterima oleh wakil-wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT, yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Sumbangan ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri dalam membantu pembangunan pendidikan di Kedah.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ S Manikumar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tan Chow Kang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik

“Dulu tiada sumbangan seperti ini”


ALOR SETAR – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah begitu gembira serta terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam memberi sumbangan tahunan kepada sekolah-sekolah Tamil di Kedah.
Sebelum ini, iaitu dibawah pemerintahan kerajaan dahulu, tiada sumbangan seperti ini diberikan.


Menurut Rakunathan Mahomoney, Pengerusi PIBG SJKT Bedong, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan ini, dimana ianya dapat membantu melicinkan pentadbiran serta pembangunan sekolah.

“SJKT Bedong sudah dua tahun dapat bantuan ini, sebelum ini, iaitu sebelum tahun 2008, kami tak pernah dapat bantunan tahunan macam ini, sekolah Tamil sering dipinggirkan, adakah mereka (kerajaan terdahulu) sedar ataupun tidak, pembangunan pendidikan amat penting bagi melahirkan manusia yang berguna.


“Walaupun sumbangan ini tidak banyak, sedikit sebanyak ianya dapat meringankan pihak sekolah, ini juga bukti bahawa kerajaan sekarang begitu mementingkan pendidikan, di mana bantuan juga diberikan kepada sekolah Cina dan sekolah agama rakyat.

“Saya juga menyokong usaha kerajaan negeri untuk terus membantu sekolah-sekolah di Kedah dengan memberi tanah untuk diusahakan,” ujar beliau.


Sementara itu, Victoria Joseph, Pengerusi PIBG SJKT Ladang Jabi, Pokok Sena berkata, sumbangan ini amat bermakna kepada pelajar, ibu bapa dan guru serta berharap bantuan sebegini dapat diteruskan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri atas sumbangan ini, dulu susah nak dapat bantuan, kena mohon banyak kali, tapi kali ini tiap-tiap tahun dapat, selain bantuan tahunan ini, kita juga dapat bantuan jika diperlukan,” katanya.

SIKIT PUNYA HAL LAA AMENO APA MAU BISING-BISING...

Berlaku kesilapan teknikal pada cek



Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ S. Manikumar mengakui kesilapan tersebut berkata, sumbangan ini adalah untuk tahun 2012, sepatutnya diberikan tahun lepas, tetapi disebabkan beberapa masalah, ianya lambat diedarkan.

“Saya minta maaf atas kesilapan ini, ianya adalah kesilapan teknikal, di mana tarikh telah luput, ini tak bermakna kita (kerajaan negeri) tak ada duit dalam akaun.

“Jadi kepada mana-mana sekolah yang punyai cek seperti ini diminta tampil ke pejabat saya untuk mendapatkan cek yang baru.” ujar beliau ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau meminta mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan kerajaan negeri, diharapkan hentikan kerja kotor ini.

“Menjelang pilihan raya ini macam-macam perkara boleh berlaku, pelbagai fitnah boleh dilakukan bagi menjatuhkan seseorang,” ujar beliau.

Sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil adalah bantuan tahunan daripada kerajaan bagi membantu pembangunan pendidikan di Kedah.

Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan hak penggunaan tanah pertanian selama 30 tahun kepada sekolah-sekolah Tamil, Cina dan Sekolah Agama Rakyat untuk dibangunkan secara usahasama dengan GLC yang dilantik bagi menjana pendapatan sekolah tersebut.

Warta Darul Aman

Arkib